Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
Banding beza program-program Pendidkan Awal Kanak-Kanak di Malaysia -…
Banding beza program-program Pendidkan Awal Kanak-Kanak di Malaysia
Prasekolah, Kementerian Pendidikan Malaysia
LATAR BELAKANG
-Bermula sejak tahun 1950 an
-KPM mula terlibat dalam pelaksanaan pendidikan prasekolah setelah mendapat kelulusan Mesyuarat Jemaah Menteri pada 1991.
-Projek melibatkan 1070 buah sekolah dan dikenali sebagai prasekolah annex.
-Program mula diperluaskan pada tahun 2002.
OBJEKTIF
RASEKOLAH DI ALIRAN PERDANA
Mengamalkan nilai-nilai murni masyarakat Malaysia
Menggunakan bahasa untuk berkomunikasi dengan berkesan
PRASEKOLAH PENDIDIKAN KHAS
Meningkatkan perkembangan fizikal, bahasa dan memahirkan pertuturan, psikologi dan kemahiran urus diri
Mewujudkan sifat ingin tahu dan, berinisiatif dan berdisiplin
FALSAFAH
Usaha berterusan mengembangkan potensi individu agar insan yang seimbang diwujudkan. Bagi melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu, berakhlak, memberi keharmonian keluarga dan negara, usaha ini dilaksanakan.
MATMALAT
Menyediakan pengajaran kepada murid berumur 4+ - 5+ tahun untuk memasuki sekolah rendah dalam aspek perkembangan, kemahiran diri dan pengamalan sikap positif.
TUGAS PEMBANTU
Kerja 8-9 Jam/Hari
Ada skop kerja
Contoh : Lap meja , sediakan BBM dan sebagainya
SEBAB MAKSIMUM 25 ORG MURID /KELAS
Peruntukan makanan hanya untuk 25 orang
Ruang belajar
PRASEKOLAH JENIS KEBANGSAAN CINA & INDIA
Berbeza penggunaan bahasa pengantar
50% Bahasa Pengantar
50% Bahasa Inggeris
KELEBIHAN & KEKURANGAN
KELEBIHAN
Membantu golongan B40
Kos pendidikan yang rendah
Penggunaan Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris yang seimbang
Kemahiran guru berbeza
KEKURANGAN
Kemasukkan murid yang terhad
Permohonan kemasukkan yang spesifik kepada golongan tertentu
Taska dan tabika Jabatan Perpaduan dan Integrasi Nasional, Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional
SEJARAH
Mula diperkenalkan pada tahun 1976 di bawah Rancangan Perhubungan Masyarakat, Lembaga Perpaduan Negara, Jabatan Perdana Menteri.
Memfokuskan kawasan bandar dan pinggir bandar
Matlamat untuk memupuk semangat muhibah dan perpaduan antara kaum
OBJEKTIF
Membentuk semangat patriostisme dan cinta akan negara yang tinggi dalam kalangan murid-murid yang terdiri daripada pelbagai kaum.
Membentuk peribadi dan perwatakan murid-murid yang positif serta berpotensi berfikir secara kritis, kreatif dan responsif.
KONSEP
Konsep Muhibah = Konsep Pemasyarakatan Tabika Perpaduan bertujuan untuk menggalakkan penglibatan komuniti setempat dalam aktivit-aktiviti Tabika Perpaduan termasuklah aktiviti kebajikan, kerohanian, keselamatan, rekreasi dan riadah.
KEISTIMEWAAN
Menggunakan Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK)
Berlandaskan Perlembagaan Persekutuan dan Prinsip-prinsip Rukunegara.
Tabika Perpaduan berpengalaman sejak tahun 1976
Mempunyai sebanyak 1643 kelas Tabika Perpaduan di seluruh Malaysia
Menyemai nilai-nilai murni dan perpaduan melalui kepelbagaian kaum
Tabika KEMAS, Kementerian Kemajuan dan Masyarakat
SEJARAH
=1957
Nama asal KEMAS ialah Bahagian Pelajaran Dewasa
Ditubuhkan oleh YAB Tun Abdul Razak
Rasionalnya penubuhan ini setelah negara mencapai kemerdekaan dimana suatu bancian diadakan dan terdapat ramai golongan dewasa mahupun kanak-kanak mengalami buta huruf
=1960
Jawatankuasa khas bahagian pelajaran dewasa membincangkan perkuan melalui Kertas Kabinet Bil 385/25/60 untuk memberi keutamaan pelajaran asas kepada rakyat yang buta huruf
=1968
Perlaksanaan Pelajaran Dewasa melalui Kertas Kabinet Bil 2/54/61
Gerakan ini diperkenalkan melalui 3 peringkat yang telah dirancang oleh YAB Tun Abdul Razak
Gerakan ini telah dilaksanakan selama 15 tahun.
=1969
Kelas latihan kemahiran diperkenalkan
=1970
Bahagian Pelajaran Dewasa distruktur semula kepada Bahagian Kemajuan Masyarakat (KEMAS) selaras dengan DEB
=1980
KEMAS mengubah strategi serta pendekatan agar masyarakat luar bandar menceburkan diri dalam aktiviti peningkatan pendapatan
=1990
KEMAS menumpukan kpd usaha pmbangunan sumber manusia scara lbih mnyeluruh
*pembangunan sumber manusia → bertujuan menonjolkan kebolehan seseorang dengan melaksanakan latihan – bermatlamat untuk mempertingkatkan prestasi tenaga kerja dan sesuatu organisasi
Dijalankan dengan menggunakan kaedah pendidikan tidak formal dan pendidikan seumur hidup
Antara program yang diperkenalkan : Taman Bimbingan Kanak-kanak (TABIKA)
VISI
Penggerak kesejahteraan masyarakat luar bandar
MISI
Memperkukuhkan masyarakat dengan nilai-nilai murni
Memperkasa masyarakat luar bandar ke arah pembangunan holistik
TUGAS GURU
Melaksanakan promosi & menguruskan pengambilan serta pendaftaran kanak-kanak
Menerima dan menyambut ketibaan kanak-kanak di kelas
Menandakan jadual kedatangan kanak-kanak pada sejam pertama sesi pengajaran & pembelajaran setiap hari persekolahan
Merancang & melaksanakan pengajaran & pembelajaran mengikut arahan, dasar & garis panduan yang ditetapkan.
Merancang & melaksanakan aktiviti pengajaran harian, mingguan & tahunan.
Membuat penilaian berterusan terhadap perkembangan kanak-kanak dalam domain kognitif, efektif & psikomotor.
Memastikan keselamatan, kebersihan, kesihatan, keselesaan & keceriaan kanak-kanak - sesi pengajaran & pembelajaran.
Menyusun, menyediakan sudut, ruang aktiviti & alat bantu mengajar bersesuaian dengan pembelajaran harian.
Mengendalikan pengurusan dokumen dan fail kelas (contohnya : buku daftar stok, portfolio kanak-kanak, rekod kemajuan kanak-kanak, rekod ujian mata & rekod anekdot).
Mengemaskini, menyedia data, maklumat, rekod, laporan - mengikut masa & arahan yang ditetapkan (contohnya : laporan aktiviti bulanan kelas, tuntutan makan minum, rekod lawatan rasmi pegawai )
OBJEKTIF
Memberi latihan kemahiran yang berkualiti dan diiktiraf bagi mengupayakan ekonomi keluarga luar bandar
Menjadikan masyarakat luar bandar yang kompeten, berdaya saing dan berdikari
Memperkasa sosio ekonomi masyarakat luar bandar yang harmoni, berjaya dan sejahtera
Taska PERMATA Negara, Jabatan Perdana Menteri
LATAR BELAKANG
Merupakan projek perintis yang dicetuskan oleh penggerak utamanya Datin Paduka Seri Rosmah Mansor bersama beberapa kumpulan profesional,pendidik, ahli akedemik, pakar perubatan dan lain-lain bagi membincangkan tentang permasalahan remaja kini yang semakin membimbangkan
OBJEKTIF
Perlaksanaannya telah diperluas dan diperkasakan di seluruh negara bagi memastikan lebih ramai anak akan mendapat peluang untuk diberi permulaan terbaik dalam kehidupan mereka sebagai persediaan masa hadapan.
Focus kepada kanak-kanak berumur 0-4 tahun adalah salah satu kumpulan yang amat penting dan mereka mesti melalui satu proses perkembangan yang teratur untuk melahirkan modal insan yang sangat bermakna kepada masa depan negara iaitu melalui satu program atau perancangan yang teratur sejak lahir sehingga memasuki alam persekolahan.
VISI
Bagi memastikan dasar penjagaan dan pendidikan awal kanak-kanak permata dilaksanakan dengan berkesan.
Menyediakan asas untuk pembangunan potensi manusia yang seimbang dan optimum mengikut gaya pembelajaran peribadi dengan mengambil kira nilai-nilai amalan terbaik tempatan dan antarabangsa.
MISI
Melaksanakan dan menyelia pembinaan Pusat Anak PERMATA Negara di seluruh
negara.
Membangunkan kurikulum yang komprehensif untuk pembangunan awal kanak-kanak
Membangunkan kurikulum yang komprehensif untuk pembangunan awal kanak-kanak
FALSAFAH
Diadaptasi dari konsep ‘learning is fun through play’ dari Pen Green Centre, Corby, England
Membentuk personaliti anak yang seimbang, yakin diri, bijak bergaul dan pembangunan modal insan yang cemerlang.
.Mengamalkan konsep asuhan dan didikan yang bersepadu merangkumi aspek pemakanan, kesihatan, penglibatan ibu bapa dan komuniti.
Kurikulum disesuaikan mengikut acuan dan keperluan kanak-kanak di negara ini.
Anak-anak ditekankan untuk belajar melalui eksperimentasi, eksplorasi dan pengalaman.
KURIKULUM
Interaksi dan komunikasi aktif
Pembelajaran secara bebas
Pemantauan kebolehan dan potensi
Memperkasakan kanak-kanak
Tadika Swasta (individu) - Little Caliph
SEJARAH
Pengasas: -Datuk Haji Roslan Nordin
-Datin Dr. Hajah Sabariah Faridah Binti Jamaluddin
Ditubuhkan pada 2003
Tadika pertama : Tadika Rama-Rama Bestari, Seksyen 7, Shah Alam
MISI
Menyuburkan rasa cinta terhadap Islam dan ilmu pengetahuan kepada anak-anak sebagai persediaan awal menjadi hamba Allah, khalifah Allah dan umat Nabi Muhammad SAW.
KONSEP
Sumber ilmu
=Sumber kandungan daripada Al-Quran, Hadis dan buku-buku Islam yang sahih
Berpandukan Tarbiyatul-Aulad (Mendidik anak-anak dalam Islam).
Pendekatan
=Pembelajaran adalah mudah dan menyeronokkan
= Menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar
= Kemajuan anak adalah mengikut kemampuan, bukan umur
Mengaplikasi dan mengintegrasikan pelbagai metodologi pembelajaran yang terbukti :
= Pembelajaran pantas
= Sistem Pembelajaran Bersepadu
OBJEKTIF - Memahami shahadah
Belajar dan mencintai solat 5 waktu serta kewajipan lain sebagai hamba Allah SWT
Cintakan menuntut ilmu dan sentiasa mengingati Allah SWT
Akhlak yang baik sebagai khalifah Allah SWT dan kasih sayang kepada saudara sesama muslim
Keikhlasan kerana Allah, dan keyakinan terhadap ganjaran Allah di dunia dan akhirat
Kefahaman sebagai umat Nabi Muhammad SAW
SKOP KERJA
GURU
Menjaga dan memastikan bilik darjah dalam keadaan bersih, teratur dan kemas
Memantau kehadiran dan berkomunikasi dengan ibu bapa/penjaga pelajar
Menyiapkan alat bantu mengajar dan menyediakan Rancangan Pelajaran mingguan
Memastikan keselamatan dan kesejahteraan pelajar semasa di premis tadika
PEMBANTU
Membantu membuat inventori peralatan dan bahan di dalam kelas
Mengemaskini data dan maklumat para pelajar
Mengambil alih aktiviti asuhan dan bimbingan.
Bersama-sama guru menerima dan menyambut ketibaan pelajar di kelas
MODUL KURIKULUM
Berasaskan Kurikulum Standard Pra-sekolah Kebangsaan (KSPK)
TEMPOH BEROPERASI
10 jam 45 minit
(7 : 15 AM - 6 PM)
YURAN
Berbeza mengikut tempat (lokasi) dan servis tambahan
Kebiasaannya :
Yuran Pendaftaran = RM 1590.00
Yuran Bulanan = RM 300.00
KELEBIHAN DAN KEKURANGAN
KELEBIHAN
Bilangan pelajar tidak ramai .
Menjaga pelajar yang ibu bapa pulang lewat petang .
Yuran yang mahal memperuntukkan akademik yang mantap
KEKURANGAN
Bayaran mahal berbanding pra-sekolah .
Guru bukan dari jurusan khas .
Perancangan pembelajaran yang tidak seiring dengan kerajaan .
KELAYAKAN PEMBANTU
Muslim
Diploma/Ijazah sarjana muda (terutama daripada pendidikan awal kanak-kanak)
Mempunyai kesungguhan, kesabaran yang tinggi, bertenaga, kreatif dan berbelas kasihan serta menghormati antara satu sama lain.
Mempunyai disiplin dan komitmen diri yang tinggi serta suka melayan kanak-kanak, bersopan santun dan beradab
Mampu mengajar dan sanggup untuk belajar perkara baharu
Tadika di bawah NGO (Non-Government Organization)
SEJARAH DAN LATAR BELAKANG
Pusat Asuhan Tunas Islam atau PASTI merupakan pusat pendidikan prasekolah milik Parti Islam Se-Malaysia. Ia dikelola oleh Jabatan PASTI, sebuah jabatan di bawah Dewan Pemuda PAS Malaysia
PENGASAS : Abu Bakar Abdullah
PEMBENTUKAN : 18 Mei 1989
ORGANISASI INDUK : Dewan Pemuda PAS
OBJEKTIF
Mendidik jiwa dan akal anak-anak dengan didikan islam bersumberkan ajaran Al-Quran dan Hadis
Membimbing anak-anak supaya menghayati ibadah,akhlak dan cenderung melakukan makruf serta meninggalkan mungkar
Melatih anak-anak membaca,menghafaz dan menghayati Al-Quran,doa dan zikir
SISTEM PERSEKOLAHAN
Umur = Kanak-kanak yang berumur 4,5 dan 6 tahun
Masa Belajar = 3 jam 30 minit termasuk rehat
Hari Persekolahan = ( Ahad-Khamis)/(Isnin-Jumaat)