Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
ELEMEN MERENTAS KURIKULUM - Coggle Diagram
ELEMEN MERENTAS KURIKULUM
Bahasa
penggunaan bahasa pengantar yang betul perlu dititikberatkan dalam semua mata pelajaran.
semasa Pdp bagi setiap mata pelajaran, aspek sebut, struktur ayat, tatabahasa, istilah dan laras bahasa perlu diberi penekanan bagi membantu murid menyusun idea dan berkomunikasi secara berkesan
Kelestarian Alam Sekitar
kesedaran mencintai dan menyayangi alam sekitar dalam jiwa murid perlu dipupuk melalui PdP semua mata pelajaran.
pengetahuan dan kesedaran terhadap kepentingan alam sekitar dalam membentuk etika murid untuk menghargai alam
Keusahawanan
penerapan elemen keusahawanan bertujuan membentuk ciir-ciri dan amalan keusahawanan sehingga menjadi satu budaya dalam kalangan murid
ciri keusahawanan boleh diterapkan dalam PdP melalui aktiviti yang mampu memupuk sikap seperti rajin, jujur, amanah dan bertanggungjawab serta membangunkan minda kreatif dan inovatif untuk memacu idea ke pasaran
Sains dan Teknologi
Pengetahuan sains dan teknologi, Kemahiran saintifik, sikap saointifik dan penggunaan teknologi dalam aktiviti pdp
Nilai Murni
nilai murni diberi penekanan dalam semua mata pelajaran supaya murid akan kepentingan dan mengamalkannya
nilai murni merangkumi aspek kerohanian, kemanusiaan dan kewarganegaraan yang menjadi amalan dalam kehidupan harian
Patriotisme
semangat patriotik dapat dipupuk melalui semua mata pelajaran, aktiviti kokurikulum dan khidmat masyarakat
semangat patriotik dapat melahirkan murid yang mempunyai semangat cintakan negara dan berbangga sebagai rakyat Malaysia
Kreativiti dan Inovasi
kreativiti adalah kebolehan menggunakan imaginasi untuk mengumpul, mencerna dan menjana idea atau mencipta sesuatu yang baharu atau asli melalui ilham atau gabungan idea yang ada
inovasi merupakan pengaplikasian kreativiti melalui ubah suaian, membaiki dan mempraktikkan idea
Teknologi Maklumat dan Komunikasi
penerapan elemen TMK dalam PdP memastikan murid dapat mengaplikasi dan mengukuhkan pengetahuan dan kemahiran asas TMK yang dipelajari
pengaplikasian TMK bukan sahaja mendorong murid menjadi kreatif malah menjadikan PdP lebih menarik dan menyeronokkan serta meningkatkan kualiti pembelajaran
Kelestarian Global
elemen Kelestarian Global bermatlamat melahirkan murid berdaya dikur leastari yang bersikap responsif terhadap persekitaran dalam kehidupan harian dengan mengaplikasi pengetahuan, kemahiran dan nilai yang diperolehi melalui elemen Penggunaan dan Pengeluaran Lestari, Kewarganegaraan Global dan Perpaduan
elemen kelestarian global penting dalam menyediakan murid bagi menghadapi cabaran dan isu semasa di peringkat tempatan, negara dan global
Kewangan
Penerapan elemen pendidikan kewangan bertujuan membentuk generasi masa hadapan yang berkeupayaan membuat keputusan kewangan yang bijak, mengamalkan pengurusan kewangan yang beretika serta berkemahiran menguruskan hal ehwal kewangan secara bertanggungjawab