Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
Huraikan faktor-faktor yang menyumbang kepada pembentukan negara bangsa…
Huraikan faktor-faktor yang menyumbang kepada pembentukan negara bangsa Mesir pada abad ke-20
Peranan akhbar dan majalah
Akhbar dan majalah menjadi wadah utama dalam menyebar dan menyampaikan idea-idea tentang pembinaan negara bangsa Mesir padaakhir abad ke-19M hingga awal abad ke- 20M.
Karya-karya tokoh nasionalis berjaya membuka minda rakyat Mesir. Rashid Rida menyeru penduduk Mesir memajukan diri dan negara melalui akhbar Salafiya. Beliau menyatakan kemunduran umat Islam Mesir disebabkan mereka tidak menguasai ilmu pengetahuan, kezalimanpemerintah (khedif dan penjajah British) dan kejumudan ulama.
Akbar al-Ahram yang diterbitkan pada tahun 1875 oleh golongan Kristian Lubnan dan berpusat di Iskandariah mengandung idea-idea tentang jati diri, nasionalisme, kenegaraan dan penjajahan turut Berjaya menyedarkan masyarakat Mesir tentang kesan buruk penguasaan Baratterhadap tanah air.
Kepentingan Terusan Suez
Pembukaan Terusan Suez 1869 telah menarik perhatian kuasa Barat terutamanya British dan Perancis untuk menguasainya sehingga mereka mengadakan perjanjian dengan kerajaan Mesir.
British berjaya mempengaruhi Khedif Ismail, pemerintah Mesir yang mewakil kerajaan
Uthmaniyah dalam perangkap hutang riba kapitalis yang akhirnya membawa kepada muflis. Masalah hutang dijadikan alasan British untuk menguasai terusan berkcnaan.
Pihak British telah menempatkan pasukan tenteranya di Terusan Suez. Kerajaan dan penduduk Mesir tidak dapat berbuat apa-apa dengan tindakan British menguasai terusan berkenaan.
Penguasaan British menyebabkan rakyat tidak puas hati kerana ia melibatkan soal kedaulatan negara Mesir. Lahir kesedaran yang membawa kepada kebangkitan rakyat untuk menyelamatkan maruah bangsa dan negara
Peranan tokoh-tokoh nasionalis
Diskriminasi penjajah British dalam bidang politik, ekonomi dan sosial telah melahirkan ramai tokoh nasionalis yang berjuang menuntut kemerdekaan Mesir dan bercita-cita mempraktikkan sistem pemerintahan berparlimen seperti yang diamalkan di Barat.
Antara tokoh nasionalis terkemuka ialah Saad Zaghlul, Ahmad Hifni, Ahmad Lutfi, Mohammed Farid dan Mustafa Kamil. Golongan nasionalis terdiri daripada mereka yang berkelulusan undang-undang di universiti swasta Mesir. Mereka dilatih pensyarah Perancis dan dihasut memusuhi British.
Golongan nasionalis tidak terlalu dikawal oleh British seperti mana pihak tentera tempatan dan penduduk Mesir. Mereka telah menubuhkan Hizbul Ummah bagi menyatupadukan masyarakat Mesirdalam usaha menentang penjajahan British dan mentadbir negara mengikut acuan sendiri.
Kesimpulan
Kelemahan kerajaan Turki Uthmaniyah, isu hutang Terusan Suez dan penyebaran ideologi Barat merupakan penyumbang utama kepada gerakan pembentukan negara bangsa Mesir.
Perjuangan pembinaan negara bangsa semakin terserlah berikutan penguasaan Barat terhadap Mesir dan pemerintah yang mengabaikan kebajikan rakyat.
Kelahiran tokoh-tokoh nasionalis merancak dan melengkapkan Iagi usaha berkenan sehingga pembentukan negara bangsa Mesir berjaya direalisasikan.
Peranan institusi pendidikan
Institusi pendidikan kerajaan dan swasta berperanan dalam pembinaan negara bangsa Mesir.Contohnya, Universiti al-Azhar di Kaherah, Mesir berjaya melahirkan ramai golongan intelektual dan golongan nasionalis.
Institusi pendidikan menjadi medan golongan ini berbahas dan berdebat berkenaan isu-isu semasa negara, khasnya berkaitan dengan jati diri bangsa dan kedaulatan negara.
Kewujudan institusi pendidikan berjaya mempengaruhi penduduk Mesir tentang kepentingan pembinaan negara bangsa.
Pendahuluan
Konsep negara bangsa menjadi matlamat utama gerakan nasionalisme pada akhir abad ke-19M dan awal abad ke-20M.
Negara melalui kerajaan yang ditegakkan berusaha mempertahan dan meneruskan kelangsungan bahasa, sejarah dan budaya bangsa serta menyusun langkah-langkah mempertahankan tanahairnya. Kerana bangsa, maka anggota masyarakat itu mengidentitikan diri mereka dengan negara dan menumpahkan kesetiaan tertinggi kepadanya.
Mesir pada abad ke-18M merupakan sebahagian dari wilayah Uthmaniyah
Pembinaan negara bangsa bermula apabila Mesir berusaha membebaskan diri daripada penguasaan uthmaniyah berikutan empayar berkenaan mula mengalami fasa kelemahan pada akhir abad ke-19M dan awal abad ke-20M.
Pembentukan negara bangsa Mesir dipengaruhi kesan gerakan negara bangsa yang berlaku di Eropah dan Arabia serta kemunculan kuasa- kuasa imperialis Barat.