Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
Perihalkan langkah-langkah yang diambil oleh Maharaja Akbar bagi…
Perihalkan langkah-langkah yang diambil oleh Maharaja Akbar bagi memantapkan sistem pemerintahannya.
PENDAHULUAN
-
dilahirkan pada 15 Oktober 1542 di Umarkot, SInd.
Baginda merupakan putera kepada Humayun, pemerintah Empayar Moghul yang kedua (1556-1605 Masihi).
Pada 14 Februari 1556, pada usia 13 tahun, baginda menaiki takhta selepas ayahnya meninggal dunia yang berjaya menguasai Delhi pada tahun 1555.
Baginda menjadi pemerintah Kerajaan Moghul Ketiga dan dianggap sebagai pemerintah agung dan terhebat dalam Empayar Moghul.
-
Dasar Peluasan Wilayah
Maharaja Akbar berjaya membina empayar Moghul meliputi seluruh bumi Hindustan bermula dari Laut Arab hingga Teluk Benggala dari Himalaya hingga Nawada.
Baginda telah meluaskan empayar Moghul dengan menakluk wilayah seperti Malwa (1562), Gujarat (1572), Benggala (1574), Kabul (1581), Kashmir (1586) dan Kandesh (1601).
Baginda melantik wizurai di kawasan yang telah ditakluk bagi mengelakkan pemberontakan dan mengawal pentadbiran.
Untuk mengelakkan para menterinya terlalu berpusat di Delhi, baginda telah memindahkan pentadbirannya ke Fatehpur Sikri, berdekatan Agra.
Langkah ini tidak berjaya dan baginda menubuhkan kerajaan bergerak supaya dapat memerhatikan perkembangan dalam negara.
Perkembangan Intelektual
-
Mendirikan institusi pengajian di Fatehpur Sikri dan Agra dan menubuhkan Khutub Khanah Akbar untuk menyimpan manuskrip dan dokumen untuk bacaan.
Baginda turut menjalankan kegiatan penterjemahan karya asing seperti melantik tokoh agama seperti Badauni yang menterjemahkan kitab Hindu, Ramayana.
Polisi Beragama
Maharaja Akbar menghabiskan masa mudanya berlatarbelakangkan suasana sentimen liberal beragama dan dasar toleransi agama antara masyarakat Hindu dan umat Islam.
Baginda menaja perdebatan agama antara kumpulan Islam, Sikh, Jains, Yahudi, dan Materialis.
Ketika baginda berada di Fatehpur Sikri, diadakan perbincangan kerana suka mengetahui tentang kepercayaan agama orang lain.
Idea beliau tentang agama ini tidak mencalitkan agama lain dan memberi tumpuan kepada idea-idea keamanan, perpaduan dan toleransi.