Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
LATAR BELAKANG & PERANAN RAJA DI RUSSIA - Coggle Diagram
LATAR BELAKANG & PERANAN RAJA DI RUSSIA
Sejarah Russia bermula dengan kedatangan Rus pada tahun 862
Orang Rus diundang oleh masyarakat Slab untuk mengasaskan pemerintahan di Kota Kiev
Kedatangan orang Rus yang diketuai oleh Rurik menyebabkan bermula pemerintahan negara Kota Kiev
Dinasti Rurik memerintah negara Kota Kiev selama 700 tahun
Semasa Pemerintahan Oleg, negara Kota Kiev meluaskan jajahan takluk dengan menguasai Pskov, Moscow, Smolensk Tder, dan Novgorod
Negara Kota Kivev mencapai zaman kegemilangan semasa pemerintahan Yaraslov (1019-1054)
Beliau berjaya menguasai wilayah-wilayah seperti Suvdal, Ryazan, Novgorod, Byeloozero, Tchernogov, Murom, Pereyaslav, dan Smolensk.
Beliau juga menjalinkan hubungan diplomatik dengan kerajaan Byzantium, Hungary, Poland, Norway, dan Sweden.
Menjelang abad ke 12 negara Kota Kiev mengalami kemerosotan ekoran daripada serangan orang Mongol.
Pada tahun 1237, pasukan tentera Mongol dibawah pimpinan Batukhan berjaya menguasai negara Kota Kiev
Perkembangan ini menandakan bermula pemerintahan Mongol di Russia yang berlanjutan hingga tahun 1480.
Selepas menguasai Russia, Batukhan menubuhkan pusat permerintahan di Sarai yang terletak berhampiran dengan Lembah Volga.
Kerajaan yang diasaakan oleh orang Mongol di russia juga dikenali sebagai kerajaan Golden Horde.
Kerajaan Golden Horde meguasai semua wilayah utama di Russia termasuk Lembah Volga, Caucasia Utara, Siberia Barat.
Menjelang pertengahan abad ke 14, kerajaan Golden Horde bermula mengalami kemerosotan.
Faktor utama yang menyebabkan kemerosotan kerajaan Mongol di Russia ialah kebangkitan Moscow.
Pada tahun 1380, pemerintah Moscow yang dikenali sebagai Dmitry berjaya menewaskan tentera Mongol di Kulikovo yang terleyak berhampiran Sungai Don,
Perkembangan ini menandakan penguasaan orang Mongol di russia berakhir dan digantikan oleh Moscow.
Semasa pemerintahan Tsar Ivan III (1462-1505), Moscow dibebaskan sepenuhnya daripada penguasaan Mongol.
Baginda enggan membayar ufti kepada pemerintah Mongol dan bersedia untuk melancarkan peperangan.
Dalam peperangan tersebut, baginda berjaya menewaskan tentera Mongol dan menguasai semula Russia.
Tsar Ivan III berjaya menyatakan seluruh Rusia dibawah pemerintahan pusat yang terletak di Moscow.
Moscow berjaya menguasai Novgorod pada tahun 1478 dan Tver pada tahun 1485. Moscow muncul sebagai pusat pentadbiran, keagamaan, dan perdagangan Rusia.
Pengganti Tsar Ivan III, iaitu Tsar Ivan IV melancarkan dasar keluasdan kuasa untuk menguasai Kazan (1552) dan Astrakhan (1556).
Semasa pemerintahan, Richard Chancellor dari England telah melakukan lawatan ke Moscow.
Hasil daripada lawatan tersebut, bermula hubungan dagangan antara Rusia dan England.
Syarikat-syarikat perdagangan Inggeris seperti Anglo-Russian Trading Company mula menjalankan kegiatan perdagangan di Rusia.
Selepas kematian Tsar Ivan IV, bermula bibit-bibit kemerosotan dalam kerajaan Moscow ekoran daripada kekacauan yang berlaku dalam negeri.
Perkembangan ini menyebabkan orang Poles, Sweden, dan Lithuania berebut-rebut untuk menguasai Moscow.
Pada tahun 1613, Micheal Romanov telah dilantik sebagai Tsar baharu untuk Rusia.
Pemerintahan Dinasti Romanov bermula pada tahun 1613 dan berakhir pada tahun 1917.
PERANAN
Dalam sistem pemerintahan beraja yang diamalkan di Rusia, maharaja merupakan Ketua kerajaan.
2.Maharaja memainkan peranan dalam pemerintahan, Perundangan, pertahanan, ekonomi dan agama.
Berikut peranan Maharaja di Rusia antara abad ke
16 hingga 20