Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
Faktor yang mempengaruhi pertumbuhan dan perkembangan - Coggle Diagram
Faktor yang mempengaruhi pertumbuhan dan perkembangan
Persekitaran
Keadaan persekitaran fizikal dan kawasan tempat tinggal seseorang yang kondusif akan membantu pertumbuhan dan perkembangan yang sangat positif.
Nutrisi
Nutrisi yang tidak mencukupi akan membantukan perkembangan dan pertumbuhan kanak-kanak dan akan mengalami malnutrisi serta mengambil pemakanan yang berlebihan akan menjejaskan kesihatan seperti obesiti, penyakit janung dan diabetes.
Pembelajaran dan pengukuhan
Pembelajaran dan pengukuhan yang berterusan mampu membina daya kognitif , sosial dan emosi yang baik akan menbentuk individu menjadi orang yang berguna kepada orang lain kelak.
Jantina
Kanak-kanak lelaki dan perempuan berkembang dengan cara yang berbeza terutamanya ketika akil baligh. Tingkah laku dan perangai juga adalah tidak sama menjadikan minat mereka dalam sesuatu perkara adalah berbeza.
Hormon
Fungsi hormon yang baik dan tepat akan menjadikan perkembangan dan pertumbuhan fizikal kanak- kanak yang normal. Jika kelenjar imbulans berlebihkan ianya akan mengakibatkan kecacatan pertumbuhan, penyakit serta masalah tingkah laku kepada seseorang kanak-kanak itu.
Senaman dan kesihatan
Seseorang yang menjaga kesihatan dan senaman yang betul akan memberikan pecapaian yang baik dalam perkembangan dan pertumbuhan ketika mereka membesar. Ianya akan membantu melawan penyakit serta dapt menguatkan imunisasi badan.
Pengaruh geografi
Tempat tinggal , kejiranan, sekolah serta golongan masyarakat dan rakan sebaya serta cuaca yang baik akan membantu kanak-kanak mengurangkan masalah kesihatan, alahan serta gerak irama badan mereka.
Pengaruh kekeluargaan
Keluarga yang tidak memberikan pertumbuhan dan perkembangan yang positif kepada anak-anak seperti mendera, mengabaikan keluarga akan menjadikan kemahiran sosial yang lemah kepada seseorang kanak-kanak itu.
Status sosio-ekonomi
Kewangan keluarga yang baik akan mempengaruhi pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak yang baik. Ini kerana ibu bapa dapat memberikan bantuan khas kepada anak-anak apabila mereka memerlukan seperti belajar di sekolah yang lebih baik untuk mendapatkan faedah dalam jangka masa yang lama.
Keturunan
Genetik yang dibawa oleh ibu bapa akan mempengaruhi semua aspek perkembangan dan pertumbuhan fizikal atau mental seperti kecerdasan kognitiff, ketinggian, berat kebolehan atau kemahiran yang diperolehi serta penyakit kepada anak-anak mereka setelah dilahirkan.