Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
REKA BENTUK PENGAJARAN DALAM PDP - Coggle Diagram
REKA BENTUK PENGAJARAN DALAM PDP
Konsep
(Dick & Reiser, 1989), reka bentuk pengajaran ialah satu proses yang bersistematik untuk mereka bentuk, membangun, melaksana dan menilai pengajaran.
Menurut (Gustafson, 1991) pula, reka bentuk pengajaran ialah Reka bentuk pengajaran ialah satu pendekatan sistematik bagi seluruh proses pengajaran yang melibatkan:
Mereka bentuk (deisgn)
ii. Membina
iii. Menilai dan
iv. Menggunakannya
Peranan
mewujudkan pengajar yang kompeten, tumpuan utama RP
menghasilkan pengajaran yang berkesan.
membolehkan pelajar memperoleh kemahiran, pengetahuan dan sikap yang diharapkan.
mewujudkan keyakinan, kepercayaan dan perasaan hormat pelajar terhadap pengajar sekaligus membantu pembinaan disiplin yang positif.
Rekabentuk pengajaran memainkan peranan yang penting dalam menentukankejayaan pengajaran dan pembelajaran bilik darjah serta kejayaan satu-satu program atau kurikulum kursus
Meningkatkan pencapaian pelajar
Memungkinkan objektif pengajaran dan pembelajaran dan hasil pembelajaran mudah tercapai
Membantu dalam proses membuat keputusan
menjadikan penyampaian pengajaran dan pembelajaran standard atau selaras bagi kumpulan yang pelbagai.
Menjimatkan masa dan peruntukan yang besar, khusus bagi sesuatu program yang besardan luas. Contohnya, pendidikan jarak jauh
Pengertian
Reka bentuk pengajaran ialah suatu proses sistematik untuk mereka bentuk, membangun, melaksana dan menilai pengajaran Suatu proses untuk membina bahan pengajaran seperti modul bercetak, video pengajaran, perisian komputer dan sebagainya. Proses ini mencakupi proses reka bentuk dan proses membina bahan.
suatu cara yang sistematik bagi mereka bentuk, membina dan menggunakan seluruh proses pengajaran.
proses untuk menentukan ciri-ciri dan keperluan untuk pembelajaran yang juga mengambil kira perubahan sistem dan pengaruh alam sekeliling (Seels dan Richey, 1994).
Richey (1986) mendefinisikan reka bentuk pengajaran sebagai sains untuk mencipta amalan pengajaran yang terperinci untuk pengembangan, penilaian dan penyelenggaraan situasi pembelajaran yang memudahkan pembelajaran sesuatu unit pelajaran berlaku
merupakan mekanisma yang digunakanoleh perancang bagi membina dan merancang dalam segala aspekpengajaran dan pembelajaran
6 Asas Utama
Menentukan keperluan pelajar
Menentukan matlamat dan objektif
Membina prosedur penilaian
Mereka bentuk dan memilih strategi penyampaian
Mencuba sistem pengajaran
Menilai keseluruhan sistem