Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
Objektif Standard Kurikulum Bahasa Melayu - Coggle Diagram
Objektif Standard Kurikulum Bahasa Melayu
TAHUN 2
Mendengar, memahami, dan memberikan respons dengan membuat tafsiran terhadap soalan bertumpu dan bercapah, suruhan, pesanan dan permintaan; menyebut frasa, ayat tunggal dan ayat majmuk dengan betul dan tepat.
Bertutur untuk menjelaskan sesuatu maklumat yang tersurat dan tersirat dengan menggunakan idea yang kritis dan kreatif secara bertatasusila mengikut konteks.
TAHUN 5
Mendengar, mengecam sebutan, menyebut, memahami, mentafsir, dan memberikan respons secara kritis dan kreatif.
Bertutur untuk menyatakan pertimbangan dan keputusan secara bertatasusila.
Menghuraikan maklumat yang tersurat dan tersirat secara kritis dan kreatif.
Bersoal jawab untuk menjana idea dan menghasilkan idea baharu.
Bercerita dan menceritakan sesuatu perkara dengan sebutan yang betul, intonasi dan gaya yang sesuai.
TAHUN 6
Mendengar, mengecam sebutan, menyebut, memahami, mentafsir dan memberikan respons secara kritis dan kreatif dalam pelbagai situasi.
Bertutur untuk membuat rumusan, ramalan serta berhujah menggunakan idea yang kritis dan kreatif secara bertatasusila.
Bersoal jawab untuk membuat rumusan dan keputusan.
Bercerita dan menceritakan sesuatu yang didengar, ditonton dan dibaca dengan sebutan yang betul, intonasi, gaya dan ekspresi yang sesuai.
TAHUN 3
Mendengar, memahami, dan memberi respons terhadap ayat perintah.
Mendengar, mentafsir dan bertindak balas terhadap soalan bertumpu dan bercapah.
Bertutur untuk menjelaskan serta menilai dan membanding beza maklumat yang tersurat menggunakan idea yang kritis dan kreatif secara bertatasusila mengikut konteks.
Berinteraksi untuk mendapatkan dan menyampaikan maklumat.
Mendengar, mengecam dan menyebut ayat tunggal dan ayat majmuk dengan betul dan tepat.
TAHUN 4
Mendengar sebutan. dan mengecam,memahami, memberikan respons terhadap ujaran.
Mendengar, mentafsir, dan memberikan jawapan secara kritis.
Bertutur untuk memberikan alasan tentang sesuatu perkara yang dinilai secara bertatasusila.
Bertutur untuk membuat penjelasan tentang maklumat yang dibanding beza menggunakan idea yang kritis dan kreatif.
Menyoal dan menjawab soalan untuk mendapatkan penjelasan.
Bercerita, dan menceritakan sesuatu perkara dengan sebutan yang betul dan intonasi yang sesuai.
TAHUN 1
Mengajuk dan menyebut perkataan, frasa dana ayat yang mengandungi pelbagai bunyi vokal, konsonan, diftong, vokal berganding, digraf dan konsonan bergabung dengan sebutan yang betul.
Mendengar, memahami dan memberikan respons terhadap soalan, suruhan dan pesanan dengan betul.
Bertutur secara bertatasusila dengan sebutan yang betul dan intonasi yang sesuai untuk menyampaikan maklumat dan idea yang kritis dan kreatif.