Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
Falsafah dan Perkembangan Pendidikan di Malaysia - Coggle Diagram
Falsafah dan Perkembangan Pendidikan di Malaysia
Cabang Falsafah (Aksiologi)
Cabang Etika
Cabang etika merupakan suatu kajian mengenai falsafah moral yang berkaitrapat tentang prinsip moral, tingkah laku serta sifat murni.
Berdasarkan istilah Yunani ethos didefinisikan sebagai adat resam atau suatu perbuatan yang melibatkan tingkah laku, lebih mudah dikatakan sebagai kelakuan.
Etika normatif
Suatu kajian yang dilakukan dan memberi saranan atau cadangan berkaitan prinsip yang lebih sesuai.
Suatu etika yang sering menimbulkan soalan, sebagai contohnya "bagaimana tindakan yang seseorang individu perlu lakukan atau bertindak serta menitikberatkan nilai moral yang sewajarnya.
Cabang Estetika
Suatu cabang yang mengkaji tentang nilai-nilai mengenai kecantikan dan kesenian.
Menurut Plato, estetika ialah membezakan seni dari segi kecantikan yang ideal dengan objek yang cantik.
Aristotle menganggap kecantikan adalah direka untuk dalam kehalusan dan keharmonian dalam sesuatu produk.
Metaetika
Banyak mempersoalkan tentang peranan etika dalam kehidupan seharian.
Suatu kajian tentang konsep, sama ada betul atau salah, dan baik atau jahat.
Berasal daripada perkataan Greek yang membawa maksud 'nilai'. Di dalam bahasa Inggeris, ia juga bermaksud 'value'. Logia pula merujuk kepada kajian yang berkisarkan tentang kualiti dan nilai.
Aksiologi merangkumi dua jenis aspek iaitu cabang etika dan estetika.
Aksiologi merupakan cabang falsafah yang mempersoalkan tentang kebaikan, keburukan mahupun tentang kesalahan.
Konsep asas falsafah (3 sudut)
ETIMOLOGI (BAHASA)
-Perkataan yunani "philosophia" yang bermaksud cinta akan kebijaksanaan dan hikmah.
Wolf (1989): falsafah sebagai cinta kepada kebijaksanaan.
Orang yang cintakan kebijaksaan dipanggil ahli falsafah.
-Kesimpulannya, mereka sanggup mengabdikan diri kepada pengetahuan.
TERMINOLOGI (ISTILAH)
Pengertian yang dikemukakan oleh ahli falsafah adalah berbeza-beza.
Wujud satu persamaan iaitu takrifan mereka berpaksikan kepada elemen-elemen seperti manusia, Tuhan dan alam.
PRAKTIKAL
Falsafah membawa maksud berfikir secara bersungguh-sungguh, tidak terikat oleh tradisi dan mempunyai ciri-ciri sistematik, radikal dan sejagat.
Berfikir secara sistematik- "berfikir secara logik atau berurutan"
Berfikir secara radikal- berfikir sehingga ke akarnya dan menyelesaikan dengan penuh tanggungjawab.
Berfikir secara sejagat- Tidak terhad kepada aspek-aspek tertentu sahaja dan merangkumi keseluruhannya.
Russel (1946) berpendapat bahawa falsafah di antara teologi (ilmu ketuhanan, agama dan sains - sains fizikal dan kemanusiaan)
Maksud teologi : Falsafah yang mengandungi spekulasi tentang perkara yang nyata.
Konsep falsafah pendidikan :
Falsafah pendidikan berasal daripada dua istilah iaitu
falsafah
dan
pendidikan
.
Konsep pendidikan berasal dari perkataan latin,
'educare'
yang bermaksud memelihara dan mengasuh.
Menurut
kamus pendidikan (1979)
, pendidikan ialah satu proses menyeluruh untuk mengembangkan kebolehan dan tingkah laku manusia. Ia juga sebagai satu proses sosial yang memberi peluang kepada seseorang individu memperolehi kemahiran sosial serta perkembangan peribadi.
Proses pemindahan:
Pengajaran
- pemindahan pengetahuan
Latihan
- membiasakan diri melakukan sesuatu bagi memperolehi kemahiran.
Indokrinasi
- seseorang dapat meniru apa yang dilakukan oleh orang lain.