Mursyid berasal daripada perkataan Arab iaitu irsyad yang bermaksud tunjuk ajar.
Konsep irsyad menurut al-Quran mengandungi maksud jalan petunjuk, pemimpin yang memberi petunjuk, dan petunjuk ke jalan yang benar.
Konsep irsyad juga bermaksud proses memberi arahan, panduan, bimbingan dan petunjuk serta menjaga, mengikuti, menasihati dan memimpin ke jalan yang benar.
Ianya merujuk kepada kepimpinan guru melalui pengajaran dan aktiviti dakwah iaitu menjaga, menasihati, mengarah, membimbing, memberi petunjuk kepada para pelajar ke arah pembentukan dan pembanguan diri pelajar sebagai insan soleh