Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
1.SEJAUHMANAKAH AGAMA WATHANI MENDOMINASI AGAMA MASYARAKAT ARAB JAHILIAH -…
1.SEJAUHMANAKAH AGAMA WATHANI MENDOMINASI AGAMA MASYARAKAT ARAB JAHILIAH
Agama wathani
• Agama ini merupakan agama yang dominan dan diperkenalkan oleh Umar bin Luhai yang telah sembuh daripada penyakit selepas mandi di sungai Syam yang penduduknya menyembah berhala.
Penduduk Makkah menyembah berhala untuk mendapat restu seperti yang diterima oleh penduduk Syam.
• Berhala-berhala tersebut diperbuat daripada kayu, batu, gangsa, perak, emas, gandum dan juga buah tamar.
• Berhala diukir dengan pelbagai rupa seperti singa, lembu jantan, kuda, burung helang yang melambangkan kekuatan, keberanian, ketangkasan dan ketajaman penglihatan.
• Mereka percaya berhala-berhala tersebut memberi manfaat kepada mereka dan setiap suku menempatkan satu berhala di keliling Kaabah bagi mewakili sukunya.
Terdapat lebih daripada 360 berhala di sekeliling Kaabah yang disembah oleh orang Arab Jahiliah.
• Terdapat beberapa berhala yang mendapat penghormatan tertinggi dan dipuja dan menjadi ketua kepada berhala-berhala yang lain seperti al-Uzza, al-Manat dan al-Lata.
Agama majusi
• Agama Majusi berasal dari Parsi yang diasaskaan oleh Zarathusra.
• Agama ini tidak mempunyai kitab suci dan tidak mengakui nabi yang diutuskan oleh Allah SWT sebaliknya mempercayai nabi-nabi palsu.
• Agama ini mempunyai tiga mazhab iaitu Zarwaniyah, Kayumarthiah dan Zaradushtiah
• Penganut agama ini menyembah cahaya dan kuasa yang mengeluarkan cahaya seperti api, bulan, bintang dan juga matahari.
Cahaya amat penting dalam kehidupan seharian penganut agama ini kerana dianggap memberi rahmat kepada mereka.
• Mereka percaya bahawa terdapat dua Tuhan, iaitu Tuhan Kebaikan (Cahaya) dan Tuhan Kejahatan (Kegelapan)
• Mereka percaya bahawa terdapat dua Tuhan, iaitu Tuhan Kebaikan (Cahaya) dan Tuhan Kejahatan (Kegelapan)
Agama hanif
• Agama ini diturunkan kepada Nabi Ibrahim dan penganutnya digelar Hunafa. Agama ini tidak mempunyai kitab dan mentauhidkan Allah sebagai Tuhan yang Esa.
• Penganut agama ini terdiri daripada sebahagian kecil masyarakat Arab jahiliah yang gagal mencari hakikat sebenar tentang ketuhanan.
• Penganut agama ini tidak mengamalkan mana-mana agama dan kepercayaan yang diamalkan oleh masyarakat jahiliah yang lain dan juga amalan nenek moyang mereka sejak turun temurun
• Mereka juga meninggalkan amalan tradisi jahiliah seperti minum arak, berjudi, makan bangkai dan sebagainya
elaslah bahawa penganut agama ini menentang segala agama dan kepercayaan yang menjadi amalan masyarakat jahiliah sebelum Islam.
Agama yahudi
• Penganut asal agama ini ialah Bani Israel yang tinggal di bahagian utara tanah Arab
• Penganut agama ini mempunyai kitab suci iaitu Taurat yang diturunkan kepada Nabi Musa
a.s. Namun isi kandungan asal kitab ini telah diubah oleh orang Yahudi untuk memenuhi kepentingan mereka.
• Agama Yahudi yang berasal dari Palestin ini mula bertapak di Madinah apabila masyarakat Palestin memasuki dan mendiami Hijaj dan Yaman.
• Kekayaan yang berjaya dimiliki oleh mereka telah menarik minat orang Arab untuk menganut agama Yahudi.
• Di Madinah, agama Yahudi ini dianuti oleh bani Nadhir, Qunaiqa’ dan Quraizah