2.HURAIKAN ETIKA DAN STRATEGI PEPERANGAN PADA ZAMAN NABI MUHAMMAD SAW

ETIKA

Tawaran kepada pihak musuh sebelum berperang

Tentera Islam dikehendaki menawarkan kepada pihak musuh sama ada memeluk Islam atau membayar jizyah sebagai simbol kepatuhan terhadap pemerintahan kerajaan Islam.

Peperangan akan berlaku seandainya pihak musuh masih berkeras dan memulakan serangan ke atas umat Islam.

Larangan memerangi golongan lemah

Tentera Islam dilarang bertindak atau memerangi golongan kafir yang lemah, antaranya wanita, kanak-kanak, orang tua, paderi dan pendeta.

Namun, seandainya golongan ini memainkan peranan penting seperti penggerak atau pencetus perang, tindakan keras sewajarnya boleh dilakukan.

STRATEGI

Memilih dan menguasai tempat strategik

Sebelum berlaku peperangan, Nabi Muhammad SAW mengkaji keadaan di mana peperangan akan berlaku.

Biasanya peperangan di zaman nabi akan memakan masa yang berhari-hari. Oleh kerana itu, nabi lebih mementingkan sumber air

Dengan ini nabi memilih wadi yang berair sebagai tempat perkhemahan sebelum berlakunya peperangan.

CONTOH

Dalam Perang Uhud, nabi menempatkan tentera pemanah di atas Bukit Uhud untuk menghujani panah bagi mengucar-ngacirkan pihak musuh.

 Bukit yang berada di situ mestilah terlebih dahulu dikuasai dan diduduki oleh pasukan pemanah untuk memberi perlindungan yang berkesan kepada tentera pejalan kaki dan berkuda yang bertempur di lereng bukit.

STRATEGI

Taktik risikan untuk memperdayakan musuh

Tentera Islam menggunakan taktik memperdayakan musuh bagi melemahkan semangat perjuangan musuh.

Nabi Muhammad SAW mengutuskan seseorang untuk menyamar atau merisik bagi mendapatkan sesuatu maklumat daripada musuh.

CONTOH

peranan Nairn bin Mas'ud memecah belahkan perpaduan di kalangan pakatan golongan Quraisy dan Yahudi yang mengepung kota Madinah dalam Perang Khandak.