Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
Bincangkan pengertian jihad dan kepentingannya dalam konteks peperangan…
Bincangkan pengertian jihad dan kepentingannya dalam konteks peperangan pada zaman Nabi Muhammad SAW
PENGENALAN
Peperangan dalam Islam diistilahkan dengan jihad ialah peperangan di jalan Allah ataupun dipanggil dengan istilah arabnya iaitu fi sabilillah dan ianya bertujuan sebagai tanda pengabdian Muslim hanya kepada Allah SWT
Jihad berlaku sejak zaman Rasulullah SAW dan baginda berjihad dalam menyebarkan dakwah pada umat manusia, mempertahankan kesucian dan keutuhan Islam dan ianya diteruskan oleh para sahabat selepas kewafatan baginda
Oleh itu, jihad yang dilakukan oleh baginda mempunyai kepentingan yang pelbagai dalam konteks peperangan pada zaman Nabi Muhammad SAW.
PENGERTIAN JIHAD
ISI 1
Jihad berasal daripada bahasa Arab,iaitu al-Jahdu dan al-Jihad yang membawa maksud pengerahan tenaga manusia untuk mendapat sesuatu yang diingini atau menolak sesuatu yang dibenci.
Menurut Al-Quran dan Hadis, jihad diterjemahkan sebagai ‘berjuang.’ Jihad dalam Islam bukanlah tentang membunuh atau dibunuh tetapi tentang bagaimana berjuang memperoleh keredaan Allah SWT
Mengikut sejarawan Islam, Abu A’la al Maududi, jihad dalam Islam bukan sekadar perjuangan tetapi satu perjuangan di jalan Allah SWT dan fissabilillah merupakan syarat utama jihad dalam isl;am
Menurut Mazhab Shafie, jihad berperang di jalan
Allah SWT dan mengerahkan segala kemampuan untuk memerangi orang kafir
Dalam Islam, mati syahid merupakan orang Islam yang maut ketika berperang atau berjuang di jalan Allah untuk membela kebenaran atau mempertahankan hak Agama Islam
-
PENUTUP
Jihad mempunyai kedudukan yang sangat penting dan istimewa di dalam Islam. Ganjaran bagi orang yang berjihad dalam Islam adalah sangat berharga kerana bukan mudah untuk mendapat rahmat, keampunan dan syurga daripada Allah SWT. Sudah semestinya Allah SWT berhak menguji keimanan dan kesabaran manusia dengan melihat pergorbanan dan perjuangan yang ikhlas semata-mata kerana Allah SWT