Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
Huraikan kejahilan masyarakat Arab sebelum Islam dari sudut agama dan…
Huraikan kejahilan masyarakat Arab sebelum Islam dari sudut agama dan kepercayaan serta sistem sosial.
PENGENALAN
Zaman jahiliah ialah zaman sebelum Islam. Zaman jahiliah wujud selepas keruntuhan kerajaan Saba’. Pada zaman ini, tiada nabi yang di utus dan tiada kitab suci daripada Allah SWT untuk dijadikan petunjuk. Pada masa yang sama, tiada ciri-ciri ketamadunan yang diterapkan dalam kehidupan masyarakat
Jahiliah berasal dari kata akar Jahala dan kata terbitan Jahlun atau Jahlatun yang bermaksud bodoh dan sesat.
Masyarakat pada zaman ini tidak mempunyai sebarang kitab petunjuk sebagai panduan mereka
dan hanya mengikut amalan nenek moyang terdahulu.
Oleh hal yang demikian, telah wujud beberapa agama dan kepercayaan yang diamalkan.
AGAMA
WATANI
Agama wathani merupakan agama yang paling utama dan dikenali juga sebagai agama berhala yang berasal daripada perkataan wathan yang merujuk kepada berhala. Agama ini merupakan agama yang mempunyai penganut besar di semenanjung Tanah arab jahiliah.
Pengasas agama wathani ialah Amru bin Luhay. Amru yang membina berhala tersebut dengan batu, kayu, logam dan sebagainya. Kota Makkah merupakan pusat untuk menyembah berhala buktinya terdapat kira kira 360 patung berhala di sekeliling kaabah.
Antara berhala yang terkenal
adalah Al-Latta, Al-Uzza, Al-Manat dan Al-Hubal.
MAJUSI
Selain agama wathani terdapat juga agama lain yang dianuti oleh masyarakat arab jahiliayah seperti agama majusi. Agama ini berasal dari Parsi yang diasaskan oleh Zarathusra dan tidak mempunyai kitab suci dan tidak mengakui nabi yang diutuskan oleh Allah SWT malah mereka menafikan bahawa nabi nabi utusan tersebut benar.
Agama ini terbahagi kepada tiga iaitu, Zarwaniyah, Kayurmathiah dan Zardushtiah
menyembah cahaya dan kuasa yang mengeluarkan seperti api, bulan ,bintang dan matahari. Oleh itu, cahaya merupakan suatu perkara yang amat penting kepada penganut agama Majusi dan mereka menganggap cahaya adalah tuhan kebaikan dan kegelapan adalah tuhan kejahatan
YAHUDI
Agama ini diasaskan oleh Bani Israel di utara tanah Arab dan agama berasal dari Palestin. Agama ini mula bertapak di Madinah apabila masyarakat Palestin memasuki dan mendiami Yaman. Agama ini mempunyai kitab Taurat yang diturunkan kepada Nabi Musa A.S.
Namun isi kandungan asal kitab ini telah diubah oleh orang Yahudi untuk memenuhi kepentingan mereka. Kekayaan yang berjaya dimiliki oleh penganutnya telah menarik minat masyarakat arab jahiliah untuk menganut agama yahudi ini.
Di Madinah, agama ini dianuti oleh bani Nadhir, Qainuqa’ dan Quzairah.
HANIF
Agama hanif ini diturunkan kepada nabi Ibrahim dan penganutnya digelar hunafa. Agama ini tidak mempunyai kitab tetapi mentauhidkan Allah sebagai Tuhan yang Esa. Hanya sebahagian kecil masyarakat arab jahiliah yang menganut agama ini.
Penganut agama ini tidak mengamalkan amalan agama lain ataupun amalan nenek moyang mereka yang turun temurun serta meninggalkan amalan tradisi jahiliah seperti minum arak, berjudi, dan makan bangkai. Antara tokoh yang menganuti agama ini ialah Waraqah bin Naufal dan nabi Muhammad saw sendiri.
KRISTIAN
Agama ini mula bertapak di kota Makkah pada abad ke-4 Masihi apabila kerajaan Rom meluaskan pengaruh dan kuasanya di Yaman. Antara pengaruh terawal agama ini ialah penduduk di selatan Tanah Arab, iaitu kaum Taghlih, Ghassan dan Qudhah yang merupakan penduduk Yaman. Penganut agama ini juga terdiri daripada kaum bani Israel
pnganut ini percaya kewujudan dan kebesaran Allah SWT dan mempunyai kitab suci iaitu kitab Injil yang diturunkan kepada Nabi Isa A.S sebagai panduan namun, kitab ini telah diubah
KEPERCAYAAN
AMALAN NENEK MOYANG, ANIMISNME
-
umpamanya pembunuhan bayi perempuan disebablkan tanggapan anak perempuan mendatangkan sial dan boleh menyebabkan maruah rumah tangga terjejas.
amalan tahyul seperti cara menguji kesetiaan isteri, adat memulakan perjalanan dan pengembaraan, dan percaya kepada ramalan ahli nujum
SISTEM SOSIAL
SISTEM KABILAH
Masyarakat Arab jahiliah menjalani kehidupan secara berkelompok mengikut kabilah masing-masing. Setiap kabilah mempunyai ketua dan diikat dengan semangat asabiah. Dengan erti kata lain, tidak ada penyatuan menyeluruh dalam kalangan orang Arab Jahiliah seperti penyatuan yang wujud dari segi akidah dalam kalangan umat Islam
Dalam kelompok itu, terdapat pula kelompok-kelompok lebih yang kecil dan mempunyai suku masing-masing.Sebagai contoh di Mekah kaum Quraisy merupakan kaum paling dominan. Namun mereka berpecah kepada beberapa puak. Dua puak yang paling menonjol ialah Bani Hasyim dan Bani Umayyah. Kedua-dua puak ini sering
bersengketa sebelum disatukan oleh Nabi Muhammad SAW dan kemudiannya dikenali sebagai Muhajirin.
Madinah pula didominasi oleh kaum Arab dari daerah selatan Semenanjung Tanah Arab. Mereka terbahagi kepada dua puak jua, iaitu kaum Aus dan Khazraj. Kedua-dua puak ini juga serin bersengketa sebelum mereka disatukan oleh Nabi Muhammad SAW yang kemudinnya dikenali sebagai Ansar.
PENUTUP
Tidak dinafikan lagi meskipun masyarakat arab sebelumislam telah mencapai tahap ketamadunan yang tinggi, namun, dari perspektif islam, masyrakat aarab sebelum nabi Muhammad SAw masih lagi dianggap berada dalam kegelapan sehinggalah baginda membawa era atau nilai ketamadunan yang lebih menyeluruh