Peperangan dalam Islam adalah berdasarkan etika yang wajar dipatuhi oleh tentera Islam sewaktu di medan perang. Jelaskan strategi peperangan yang digunakan semasa zaman Nabi Muhammad SAW dan Khulafa ar-Rasyidin

  1. Menguasai tempat strategik

Pengenalan

  • Agama Islam tidak menggalakkan peperangan, namun setelah turunnya wahyu yang membenarkan umat Islam mengangkat senjata, Nabi Muhammad SAW telah membentuk angkatan tentera Islam yang dianggotai oleh golongan Muhajirin dan Ansar
  • Matlamat penubuhan angkatan tentera ini hanyalah untuk mempertahankan negara, maruah serta kesucian agama Islam daripada dicemari oleh pihak musuh khususnya kaum Quraisy Makkah, Yahudi, Byzantine dan Parsi
  • Dalam menghadapi musuh, pelbagai strategi dan taktik peperangan yang dipraktikkan pada zaman Nabi Muhammad SAW dan Khulafa ar-Rasyidin bagi mengatasi ancaman musuh
  • C - Kawasan strategik iaitu punca air yang dikuasai oleh tentera Islam ketika Perang Badar menyebabkan musuh terputus bekalan air
  • HC - Pihak musuh terpaksa menyerbu kubu tentera Islam yang diakhiri dengan kemenangan di pihak tentera Islam
  • HF - Strategi ini dipraktikkan ketika Nabi Muhammad SAW berhadapan dengan tentera Quraisy dalam Perang Badar
  • PI - Terbuktilah bahawa strategi menguasai tempat strategik yang dipraktikkan ketika peperangan membawa kemenangan kepada tentera Islam
  1. Kaedah bertahan
  • HF - Kaedah ini dipraktikkan berikutan cadangan seorang sahabat, Salman al Farisi agar parit digali di sekeliling kota Madinah
  • HF - Tujuan parit digali adalah untuk menangani tentera Ahzab berjumlah lebih 10, 000 orang diketuai oleh musyrikin Makkah dengan dibantu oleh kaum Yahudi serta beberapa kabilah Arab
  • HF - Kejanggalan pihak musuh terhadap benteng pertahanan telah menyebabkan terencatnya perancangan pihak musuh sehungga terpaksa berkubu di luar benteng tersebut
  • HF - Rasulullah juga menghantar seorang sahabat untuk memecahbelahkan tentera Ahzab di samping turunnya ribut telah menyebabkan bala tentera ini berundur
  • PI - Oleh itu, cadangan yang diberikan oleh Salman al Farisi ini telah memberikan kemenangan moral kepada tentera Islam
  1. Menyusun tentera berasaskan sistem al-Saf
  • HF - Mengikut strategi ini, barisan pertama biasanya didahului oleh tentera Infantri dan diikuti oleh pasukan pemanah
  • HF - Tentera berkuda pula dijadikan tentera sokongan untuk menguatkan lagi jentera serangan dan memantapkan pertahanan
  • C - Pada zaman kerajaan Khulafa ar-Rasyidin, khususnya zaman pemerintahan Khalifah Ali bin Abi Talib, tentera Islam telah menyusun tentera mengikut kumpulan-kumpulan kecil (Kurdus) bagi menangani ancaman musuh
  1. Membina bandar atau pusat tentera
  • HF - Pada zaman pemerintahan Khalifah Umar al-Khattab, beliau telah membina beberapa bandar atau pusat tentera
  • C - Pusat tentera ada terdapat di Iraq, Syria, mesir dan kawasan -kawasan berhampiran dengan sempadan negara bagi mengelakkan pencerobohan pihak musuh
  • HC - Bandar ini dilengkapi dengan kubu atau benteng pertahanan di samping dapat memperluas dakwah islamiah dan mempergiat aktiviti ketenteraan di kawasan berhampiran
  • HF - Selain itu, anggota-anggota tentera pada zamannya dikehendaki menjalani latihan yang keras serta tidak dibenarkan mengerjakan atau melibatkan diri dalam kegiatan ekonomi lain khasnya pertanian

Kesimpulan

  • Kepelbagaian strategi dan taktik peperangan yang digunakan ini menggmabrkan kehebatan Nabi Muhammad SAW dan khalifah-khalifah zaman Khulafa ar-Rasyidin membawa kemenangan kepada tentera Islam
  • Apa yang pasti, segala strategi yang dirancang ini adalah berasaskan kekuatan tentera Islam sendiri, jumlah dan kekuatan musuh, keadaan persekitaran dan sebagainya bagi menjamin kemenangan