Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
4.JELASKAN CIRI-CIRI SENI BINA ISLAM DI ANDALUSIA PADA ABAD KE-13 MASIHI -…
4.JELASKAN CIRI-CIRI SENI BINA ISLAM DI ANDALUSIA PADA ABAD KE-13 MASIHI
Ruang-ruang khas
kebiasaannya bangunan-bangunan yang didirikan mempunyai ruangan khas yang mempunyai fungsi tersendiri.
Hal ini disebabkan, di istana terdapat ruang duta, ruang persalinan permaisuri, ruang persiraman diraja dan lain-lain yang menjanjikan kelebihan dan keterasingan yang tersendiri dari segi keindahannya.
Misalnya, istana Alhambra mengandungi beberapa buah bilik yang berukuran sederhana, dua buah dewan besar serta mempunyai halaman yang dihiasi dengan kolam air pancut dan taman.
Tegasnya, hal ini dapat menjamin keselesaan kepada raja dan kerabat diraja yang mendiami istana berkenaan.
nilai keindahan/estetika
tulisan-tulisan atau kaligrafi yang mengandungi ayat-ayat al-Quran, puji-pujian, gelaran pemerintah (amir) dan sebagainya. Begitu juga terdapatnya sebuah syair yang menyentuh kemurnian agama Islam.
contoh
di pintu Masjid al-Mulk, tertera sepotong tulisan Arab (Azza Maulana al-Sultan-Abdillah),
bahagian dinding masjid dihiasi ukiran berselang- seli dengan ayat-ayat tulisan Arab.
Mihrab masjid pula dipenuhi hiasan yang berwarna emas termasuk struktur mihrab itu sendiri yang bertatahkan permata zamrud.
Mihrab masjid pula dipenuhi hiasan yang berwarna emas termasuk struktur mihrab itu sendiri yang bertatahkan permata zamrud.
Jelaslah bahawa seni bina Islam terkenal dengan keindahannya yang tersendiri.
pembinaan menara.
Pembinaan menara yang tinggi adalah bertujuan memudahkan muazzin melaungkan azan untuk memanggil orang ramai menunaikan solat berjemaah di masjid.
dua buah menara yang tinggi dan berkilau telah dibina di atas banjaran Sierra Nevada
Pembinaan menara ini bertujuan untuk melihat keindahan Granada dengan taman-taman bunga dan pohon buah-buahan yang subur menghijau.
Implikasinya, pembinaan menara bukan sahaja untuk memudahkan tugas muazzin dan melihat keindahan taman-taman
dapat memantau sebarang pergerakan mencurigakan sebagai langkah keselamatan.
mementingkan teknik pencahayaan.
teknik pencahayaan yang baik akan menyebabkan bahagian dalam bangunan lebih terdedah kepada pancaran cahaya yang tidak terik.
Teknik ini membolehkan bangunan yang dibina kelihatan cerah, hening dan tenang.
Tempat terbuka atau taman dalam bangunan pula diwujudkan agar dapat membekalkan oksigen yang segar dan menapis udara kotor serta dapat memberi ketenangan jiwa.
contoh
istana Alhambra telah dibina dan dilengkapi dengan ciri-ciri tersebut.
Tuntasnya, teknik pencahayaan memainkan peranan yang penting dalam menghasilkan binaan yang mengagumkan.