Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
BINCANGKAN ETIKA PEPERANGAN YANG DIAMALKAN OLEH NABI MUHAMMAD SAW KETIKA…
BINCANGKAN ETIKA PEPERANGAN YANG DIAMALKAN OLEH NABI MUHAMMAD SAW KETIKA MWNGHADAPI SERANGAN MUSUH
PENDAHULUAN
peperangan merupakan jalan terakhir bagi menangani ancaman musuh yang boleh merosakkan kesucian agama Islam dan mengancam keselamatan nyawa dan negara Islam
Dalam usaha memenuhi misi-misi peperangan, Islam telah menggariskan beberapa prinsip dan kaedah umum dalam jihad atau dengan perkataan lain etika yang wajar dipatuhi oleh tentera Islam sewaktu di medan perang.
Etika sebelum perang
langkah pertama ialah menyeru musuh agar menerima agama Islam, dan seandainya enggan, disarankan membayar jizyah sebagai pengiktirafan akan kekuasaan kerajaan Islam
sekiranya musuh masih berkeras, maka tentera Islam tiada pilihan lain dan akan berperang seandainya pihak musuh memulakan serangan terlebih dahulu
Contoh
tindakan beberapa orang Quraisy yang menyerbu ke arah tentera Islam dalam Perang Badar menyebabkan tercetusnya perang pertama dalam sejarah perjuangan Islam.
Etika semasa perang
Mentaati arahan pemimpin atau ketua
bertujuan memastikan segala perancangan memberikan impak yang positif
contoh
kekalahan tentera Islam dalam Perang Uhud pada tahun 3 H akibat daripada tentera Islam tidak akur dengan arahan pemimpin (kecuaian pasukan pemanah meninggalkan
posisi yang ditetapkan).
Tidak boleh memerangi orang kafir yang tidak memiliki kekuatan dan daya upaya
golongan kanak-kanak, kaum wanita, orang cacat, lumpuh, paderi atau pendeta
golongan-golongan ini tidak dikenakan jizyah pada zaman Khulafa' al-Rasyidin kerana dianggap tidak mengancam keselamatan negara Islam.
Dilarang merosakkan harta benda, memotong pokok atau membakar rumah kecuali darurat
terbukti ketika peristiwa Rasulullah s.a.w mengepung kota Ta'if, harta-harta musuh Islam langsung tidak diusik.
tidak boleh memerangi orang yang sudah menyerah atau kafir zimmi atau mereka yang sudah mengikat perjanjian damai serta mengaku taat setia kepada pemerintah Islam.
Melarang sebarang perbuatan yang boleh mengaibkan musuh
tidak boleh mencincang mayat atau musuh yang terbunuh
Etika selepas perang
Tawanan perang akan dilayan dengan baik
merupakan salah satu kaedah berdakwah yang diajar oleh Rasulullah s.a.w.
baginda menggunakan kaedah diplomasi, iaitu tawanan perang harus menebus diri dengan ilmu pengetahuan serta sejumlah wang tertentu
kesan : berjaya menarik ramai musuh Islam menerima agama Islam