Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
1. Jelaskan bukti-bukti yang menunjukkan Nabi Muhammad SAW adalah seorang…
1. Jelaskan bukti-bukti yang menunjukkan Nabi Muhammad SAW adalah seorang negarawan.
Pemimpin Masyarakat
Sejak sebelum Hijrah lagi, Nabi Muhammad s.a.w sudah terkenal sebagai seorang yang amanah, al-Amin lagi adil dalam kalangan masyarakat Makkah, iaitu sejak berlakunya peristiwa peletakan Hajar al-Aswad ke tempat asalnya berikutan banjir besar yang melanda Kaabah.
Nabi Muhammad s.a.w menghormati agama-agama lain dan memberikan kebebasan beragama kepada mereka serta menghormati adat resam dan budaya kaum bukan Islam, termasuk kaumYahudi.
Nabi Muhammad s.a.w turut memberikan kepercayaan kepada ketua-ketua kaum bagi mengurus hal-hal penting yang bersabit dengan kaum dan sekutu mereka.
Menerusi prinsip keadilan dan toleransi serta ikatan akidah menyebabkan Nabi Muhammad s.a.w berjaya, bukan sahaja menyatukan umat Islam tetapi seluruh penduduk Madinah yang berbilang agama dan keturunan.
Baginda berjaya menyatukan semula masyarakat Madinah yang berbilang agama dan keturunan.
Baginda menyatukan masyarakat Islam melalui persaudaraan antara golongan Muhajirin dengan Ansar.
Baginda berjaya mengekalkan perpaduan masyarakat Madinah seperti yang terkandung dalam Piagam Madinah.
Selain itu, baginda juga berjaya menghapuskan batas-batas pebezaan kaum melalui konsep ummah.
Pemimpin Politik
Kepimpinan baginda mula terserlah sejak di Makkah lagi apabila berjaya menyelesaikan pemindahan Hajar al-Aswad.
Baginda telah berjaya menunjukkan sifat-sifat kepimpinan politik menerusi Pejanjian Aqabah I dan II
Kaum Khazraj dan Aus dari Madinah berasa lega dengan jaminan yang diberikan oleh baginda bagi menyelesaikan masalah politik di Madinah, khususnya tentang perbalahan mereka dengan kaum Yahudi dan perpecahan antara sesama Arab (Aus dan Khazraj).
Baginda tidak menunjukkan sikap permusuhan terhadap kaum Yahudi, tetapi baginda sentiasa menganjurkan perundingan dengan mereka.
Setelah perundingan gagal, barulah baginda bertindak mengikut lunas-lunas dan undang-undang yang termeterai dalam Piagam Madinah.
Baginda juga boleh dianggap sebagai diplomat yang berjaya kerana inisiatif baginda menghantar perwakilan ke luar negara seperti Habsyah dan Mesir.
Baginda juga memperkenalkan Sistem Syura atau musyawarah untuk dilaksanakan dalam semua bidang politik dan ekonomi.
Perancang Ekonomi
Pemilihan kota Madinah sebagai pusat dakwah dan pentadbiran politik Islam yang baharu didorong oleh faktor ekonomi kerana kota Madinah terletak di pertengahan jalan Makkah-Syam.
Dengan kedudukannya yang strategik, ini menyebabkan aktiviti ekonomi orang Islam semakin meluas
Nabi Muhammad s.a.w telah memperkenalkan dasar ekonomi baharu bagi menggantikan dasar ekonomi zaman jahiliah.
Baginda menggalakkan orang Islam bekerja keras dan bergiat dalam bidang perniagaan dan pertanian.
Baginda berusaha membangunkan ekonomi orang Islam yang tergadai kepada kaum Yahudi.
Pemimpin Tentera
Baginda menunjukkan mutu kepimpinan yang tinggi dalam bidang ketenteraan melalui ekspedisi ketenteraan yang disertai.
Dalam bidang ketenteraan, asas kepimpinan baginda ialah akidah, syariat dan akhlak yang mulia. Baginda bertindak mengikut peraturan yang telah disyariatkan oleh Allah SWT.
Baginda turut mengamalkan sifat amanah dan tidak mudah lemah semangat dalam menghadapi musuh.
Baginda juga sentiasa adil kepada semua orang tidak kira kawan atau pihak musuh.
Contohnya, baginda membahagikan harta rampasan perang secara adil kepada tentera yang menyertai peperangan dan tidak melakukan pencerobohan terhadap musuh
yang sudah lari dari medan perang atau kaum-kaum yang lemah.
Baginda juga dianggap sebagai seorang panglima tentera dan ahli strategi dalam ketenteraan.
Baginda berjaya merangka taktik dan strategi ketenteraan yang membawa kejayaan kepada pasukan tentera Islam.