Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
Penglibatan dalam Perang Dunia Pertama telah membawa kesan negatif…
Penglibatan dalam Perang Dunia Pertama telah membawa kesan negatif terhadap Turki
Uthmaniyah.
PENGENALAN
Perang Dunia Pertama berlangsung dari tahun 1914 hingga 1918 antara dua blok kuasa besar iaitu Pakatan Bertiga yang terdiri daripada Britain, Perancis dan Rusia (Tentera Bersekutu) menentang Perikatan Kuasa Tengah yang terdiri daripada Jerman, Austria-Hungry (KuasaKuasa Pusat).
Kerajaan Turki Uthmaniyah menyertai Perang Dunia Pertama sebagai usaha terakhir untuk
melindungi wilayah-wilayah penguasaannya.
ISI 1
KEMEROSOTAN PENGARUH POLITIK
Berlaku perpecahan wilayah umat Islam yang dahulunya berada di bawah pemerintahan tunggal Turki Uthmaniyah. Kelemahan politik dan kekalahan Turki Uthmaniyah dalam Perang Dunia Pertama menyebabkan wilayah-wilayah di bawah naungan politiknya membebaskan diri dan sebahagiannya ditakluki kuasa Barat termasuk wilayah Palestin.
Pemberontakan penduduk Montenegro, Bosnia dan Herzegovina menyebabkan perpecahan
wilayah umat Islam dan menjejaskan pengaruh politik Turki Uthmaniyah di rantau Balkan.
Kemerosotan pengaruh politik Turki Uthmaniyah diparahkan lagi dengan kejatuhan negaranegara Arab ke tangan kuasa Barat dan sebahagiannya mahu membebaskan diri daripada
naungan politik kerajaan
ISI 2
KEHILANGAN WILAYAH
Dasar kolonisasi Barat menyebabkan Turki Uthmaniyah kehilangan banyak wilayahnya.
perjanjian Sykes-Picot 1916 menyebabkan wilayah Turki Uthmaniyah dibahagikan kepada
perancis, British, Rusia
Pada tahun 1918, British berjaya menduduki pusat pemerintahan Turki Uthmaniyah di Istanbul.
Kekalahan dalam Perang Dunia Pettama menyebabkan kerajaan Turki Uthmaniyah kehilangan sebahagian besar wilayah dalam empayarnya.
ISI 3
PERUBAHAN DARI SEBUAH EMPAYAR
KEPADA NEGARA BANGSA TURKI
Pada zaman kemuncak, empayar Turki Uthmaniyah merupakan wilayah luas meliputi
Semenanjung Balkan, Asia Kecil, Timur Tengah dan Afrika.
Empayar Turki Uthmaniyah dihuni oleh pelbagai bangsa termasuk bangsa Turki, Kurdish, Arab
dan Eropah.
selepas kalalı dalam Perang Dunia Pertama, Turki Uthmaniyah hanya menguasai
Istanbul, Anatolia Utara dan kawasan yang diduduki bangsa Turki dan Kurdish sahaja
ISI 4
DARI SEBUAH KUASA BEBAS KEPADA NEGARA TERIKAT
Genjatan Senjata Mudros Oktober 1918 telah menamatkan peperangan di Asia Barat Daya
Kesannya, kerajaan Turki Uthmaniyah terpaksa melepaskan wilayah kekuasaannya di Timur
Tengah dan membuka Selat Dardanellers dan Bosphorus kepada Kuasa Bersekutu
Tentera Bersekutu berjaya memecah-belahkan empayar Turki Uthmaniyah melalui Perjanjian
Sevres 1920 (pembahagian wilayah Anatolia).