Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
Gerakan Turki Muda memainkan peranan penting dalam pembentukan negara…
Gerakan Turki Muda memainkan peranan penting dalam pembentukan negara bangsa Turki pada abad ke-20 Masihi. Ulaskan pernyataan tersebut
-
Dasar Turkifikasi
Gerakan Turki Muda merupakan golongan radikal yang menentang Sultan Abdul Hamid II.
Pada tahun 1908, Rejim Turki Muda melalui Committee of Union and Progress (CUP) bersama Tentera Division Ketiga di Salonika telah mengisytiharkan pemberontakan terhadap pemerintahan Sultan Abdul Hamid II dengan slogan "Equality, Fraternity, Liberty and Justice”
Kemerosotan kerajaan Turki Uthmaniyah awal abad ke-20M membawa kepada kemunculan gerakan Turki Muda dan gerakan sekular.
Gerakan Turki Muda berjaya mendominasi pentadbiran kerajaan dan ketenteraan. Contohnya, Halim Pasha sebagai Perdana Menteri dan Enver Pasha sebagai Menteri Perang. Mustafa Kamal pula menguasai bidang ketenteraan dan berusaha membubarkan institusi kesultanan Turki Uthmaniyah.
Semasa rejim Turki Muda menguasai politik Turki Uthmaniyah sekitar tahun 1910 hingga 1915, mereka menekankan dasar Turkifikasi bagi seluruh empayar Uthmaniyah sebagai reaksi kepada penentangan dan pemberontakan penduduk Kristian dan Yahudi di wilayah-wilayah Balkan. Dasar Turkifikasi telah mempercepatkan pembentukan negara bangsa Turki.
-
-