Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
12.Nilaikan sumbangan Imam al-Ghazali dalam bidang falsafah - Coggle…
12.Nilaikan sumbangan Imam al-Ghazali dalam bidang falsafah
pendahuluan
Nama sebenar Imam al-Ghazali ialah Abu Hamid Muhammad bin Muhammad bin Muhammad bin Ahmad al-Ghazali.
Beliau dilahirkan di desa Ghazalah,pinggir Kota Thus,timur laut Iran.
Gelaran al-Ghazali bersempena kerjaya bapanya sebagai pemintal bulu kambing(al-Ghazzal).
Pendapat lain menyatakan gelaran itu diambil sepena nama kampung kelahirannya, Ghazalah
Hasil karya falsafah
Imam al-Ghazali telah mengarng lebih drpd 300 kitab.
Namun,sebahagian besar hasi tulisannya hangus dibakar tentera Mongul yang meyerang kota Baghdad .
Penulisan Imam al-Ghazali meliputi skop ilmu yang sangat luas,merangkumi bidang falsafah,kagamaan,kenegaraan,pendidikan dan sebagainya.
Sumbangan al-Ghazali dalam bidang falsafah bermula dengan penulisan kitab Maqasid-Falasifah yang membincangkan teori falsafah.
Kitab Tahajut al-Falasifah yang membincangkan penyelewengan falsafah barat tentang fizik dan metafizik drpd sudut pandangan Islam.
Mengklasifikasikan kelompok umat Islam yang membahaskan ilmu falsafah
Teologi(Ilahiyyun) iaitu golongan yang membincangkan soal-soal ketuhaman seperti Plato,Aristotle dan Secrettus.
Mereka membahaskan perkara-perkara berkaitan ketuhanan dengan bersumberkan akal semata-mata.
Atheis iaitu golongan mengingkari wujudnya pencipta yang mentadbir seluruh alam.
natural iaitu golongan ilmuan yang banyak mengkaji berkaitan dengan tabiat kejadian dan anatomi manusia,tumbuhan dan haiwan.
Mereka percaya kewujudan Tuhan kesan pemerhatian terhdap penciptaan makhluk yang sempurna.
Namun golongan ini mendakwa apabila mati mereka tidak akan hidup semual,justeru mereka menafikan adanya hari akhirat. Mereka turut menafiksn adnya dosa dan pahala.
memperkenalkan metodologi kajian ilmu falsafah
Imam al-Ghazali mengemukakan metodologi ilmu falsafah yang lebih jelas dan terperinci.
Perbahasan beliau mengenai masalah-masalah falsafah adalah jauh lebih baik drpd perbahasan ahli-ahli falsafah sendiri.
Imam al-Ghazali mengembara ke beberapa tempat seperti Makkah,Madinah,Mesir dan Jurusalem untuk mendalami ilmu falsafah.
Kaedah dan metodologi kajian ilmiah beliau bukan sahaja tidak bercanggah dengan prinsip-prinsip ajaran tauhid,tetapi juga boleh dimanfaatkan dengan cara yang sebaiknya dalam perbahasan imu-ilmu Islam.
Sumbangan kepada tamadun dunia
Kebanyakan hasil karya Imam al-Ghazali berbentuk falsafah dan agama.
Justeru,para pengkaji Barat menganggap beliau adalah seorang ahli falsafah
Beberapa karya falsafahnya telah diterjemah ke dalam pelbagai bahasa Eropah untuk dijadikan rujukan di pusat-pusat pengajian tinggi.
Antaranya karya Tahafut al-Falasifah dan Ihya Ulumuddin telah diterjemh ke dalam bahasa Inggeris,Perancis dan jerman.
Hasil-hasil tulisan falsafah Imam al-ghazali turut mempengaruhi ahli fikir Islam selepasnya seperti Jalaluddin ar-Rumi,Ibn Rusyd dan Syah Waliyullah.
Penutup
Kemampuan memanfaatkan ilmu falsafah dan kebijaksanaan berhujah dengan mengemukakan pandangan-pandangan bernas menyebabkan Imam al-Ghazali dikagumi di seluruh dunia.
Imam al-Ghazali berjaya mempertahankan kemurniaan Islam sekaligus mengelakkan amalan mengagungkan falsafah Yunani tanpa menyedari ia bertentangan dengan akidah Islam.