Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
Jelaskan usaha-usaha Nabi Muhammad saw dalam mengukuhkan konsep ummah di…
Jelaskan usaha-usaha Nabi Muhammad saw dalam mengukuhkan konsep ummah di Madinah
PENDAHULUAN
Ummah bererti masyarakat atau umat manusia.Perkataan ummah disebut dalam al-Quran sebanyak 40 kali.Umat-umat yang disebut dalam al-Quran termasuklah umat Nabi Ibrahim a.s, umat Nabi Isa a.s., dan umat Nabi Muhammad s.a.w Dalam konteks ummah pada zaman Nabi Muhammad s.a.w di Madinah, ia tidak sahaja terhad kepada umat Islam sahaja, tetapi juga termasuk umat bukan Islam seperti kaum Yahudi yang berada di Madinah ketika itu.
Dengan kata lain, ummah Nabi Muhammad s.a.w ialah masyarakat yang mematuhi undanh-undang Negara Islam sama ada mereka seagama ataupun tidak. Namun berikutan penyingkiran kaum Yahudi dari Madinah, maka konsep ummah terbatas pada umat Islam yang tinggal di kota Madinah. Penyingkiran kaum Yahudi disebabkan mereka tidak mematuhi Piagam, dan sekaligus terkeluar daripada lingkungan ummah Nabi Muhammad s.a.w
Menyatukan Aus dan Khazraj
Aus dan Khazraj merupakan penduduk asal Madinah.Sebelum kedatangan Islam dan Nabi Muhammand SAW, kedua-duanya golongan ini sentiasa bermusuhan antara satu dengan yang lain dan banyak peperangan yang berlaku antara dua puak ini seperti Perang Sumair dan Perrang Bu’ats sehingga mengorbankan banyak nyawa,malah peperangan antara mereka berlarutan sekian lama.
Permusuhan ini berpunca daripada masalah kepimpinan kerana mereka ingin menerajui pentadbiran Kota Madinah.Oleh itu, bagi mewujudkan Negara dan pentadbiran Islam yang aman, masalah persengketaan Aus dan Khazraj haruslah diatasi terlebih dahulu.
Nabi Muhammad SAW telah mengambil langkah dengan berusaha menyatukan kedua-dua pihak tersebut dan menamakan mereka sebagai orang Ansar. Rasulallah SAW menerapkan akidah Islamiah kepada mereka sehingga mereka sanggup melupakan permusuhan yang berlaku antara mereka yang sekian lama.
Membina Masjid
Masjid menjadi lambing kesatuan ummah dan umat Islam. Sebelum Nabi Muhammad SAW tiba di Madinah,baginda tiba di sebuah perkampungan Quba; yang letaknya lebih kurang 3 kilometer dari Madinah. Disini baginda telah membina Masjid Quba; iaitu masjid pertama yang dibina dalam sejarah umat. Rasulallah SAW terus menunaikan solat selepas masjid itu siap.
Pada peringat awal, masjid juga dijadikan sebagai tempat untuk berniaga. Masjid pertama yang dibina di Madinah ula ialah Masjid Nabi (Nabawi). Masjid ini dibina di atas tanah milik 2 orang yatim,iaitu Sahl dan Suhail yang diberi hanya 10 Dinar sahaja.
Mempersaudarakan Muhajirin dan Ansar
Setelah Nabi Muhammad SAW Berjaya menyatukan Aus dan Khazraj,Rasulallah SAW berusaha pula mempersaudarakan orang Ansar dan Muhajirin. Tujuan Rasulallah berbuat demikian adalah untuk membantu orang Muhajirin dari sudut ekonomi dan kepentingan umum juga, termasuklah social dan politik Islam di Madinah. Sekiranya masalah ekonomi tidak dapat diselesaikan terlebih dahulu, maka adalah sukar bagi baginda untuk membangunkan sebuah Negara yang benar-benar kukuh.
Dengan persaudaraan ini, orang Muhajirin mempunyai kekuatan untuk berada di tempat baharu selepas meninggalkan kampong halaman mereka sehelai sepinggang.
Dakwah dan Diplomatik
Usaha-usaha dakwah juga dipergiatkan. Kegiatan tidak lagi tertumpu di Madinah. Beberapa utusan telah di hantar untuk menjalin hubungan diplomatic disamping berdakwah. Antaranya termasuklah menghantar utusan ke Habsyah, Yamamah, Mesir dan lain-lain. Ada antara utusan tersebut diterima baik dan ada juga yang ditolak.
Usaha penyebaran Islam menerusi misi dakwah dan diplomatic dapat dilihat sebagai usaha membentuk ummah yang lebih luas yang tidak terhad kepada tanah Arab Madinah tetapi diluar wilayah dan sempadan Negara Islam.
Penutup:
Pembentukan ini merupakan bukti yang jelas bagi mencapai matlamat jangka masa panjang untuk kemenangan Islam.
Kesetiaan yang diberikan oleh penduduk Madinah kepada Nabi Muhammad s.a.w merupakan satu jaminan terhadap kejayaan Islam di Madinah. Nabi telah berjaya membentuk ummah sungguhpun berhadapan dengan cabaran getir terutama daripada pihak Yahudi