Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
Bincangkan konsep jihad dan kepentingannya kepada masyarakat Islam zaman…
Bincangkan konsep jihad dan kepentingannya kepada masyarakat Islam zaman Nabi
Muhammad SAW dan zaman Khalifah al-Rasyidin.
Konsep Jihad
Jihad berasal daripada bahasa Arab,iaitu al-Jahdu dan al-Jihad yang bermaksud pengerahan segenap tenaga manusia untuk mendapat sesuatu yang diingini atau menolak sesuatu yang dibenci
Menurut Al-Quran dan Hadis, jihad diterjemahkan sebagai ‘berjuang.’ Jihad dalam Islam bukanlah tentang membunuh atau dibunuh tetapi tentang bagaimana berjuang memperoleh keredhaan Ilahi
Mengikut sejarawan Islam, Abu A’la al Maududi, jihad dalam Islam bukan sekadar perjuangan tetapi satu perjuangan di jalan Allah SWT dan fissabilillah merupakan syarat utama jihad dalam Islam
Menurut Mazhab Hanafi pula, jihad ialah mengajak orang kafir ke dalam pelukan Dil alHaqq dan memerangi mereka yang menolaknya.
Menurut Mazhab Shafie, jihad berperang di jalan
Allah SWT dan mengerahkan segala kemampuan untuk memerangi orang kafir
Dalam Islam, mati syahid merupakan orang Islam yang maut ketika berperang atau berjuang di jalan Allah membela kebenaran atau mempertahankan hak dengan penuh kesabaran dan keikhlasan untuk menegakkan agama Allah.
Mati syahid merupakan cita-cita tertinggi umat Islam. Salah satu jalan menuju mati syahid adalah berjuang di jalan Allah atau berjihad.
-
-
-