Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
2.Terangkan konsep ekonomi Islam di Madinah pada zaman Nabi Muhammad SAW. …
2.Terangkan konsep ekonomi Islam di Madinah pada zaman Nabi Muhammad SAW.
Pendahuluan
Konsep ekonomi Islam yang diasaskan Nabi Muhammad SAW di Madinah berpandukan wahyu.
Pembangunan ekonomi adalah perlu bagi meningkatkan peradaban sesebuah masyarakat.
Segala aktiviti ekonomi umat Islam mestilah seimbang dan selaras dengan kehendak al-Quran kerana objektif ekonomi dalam Islam bertujuan mencapai keredaan Allah.
Inilah konsep serampang dua mata yang dikemukakan oleh Nabi Muhammad SAW dalam pelaksanaan dasar ekonomi Islam di Madinah.
Impaknya,penduduk Islam Madinah muncul sebagai masyarakat yang maju dalam bidang ukhrawi.
Peningkatan bidang ekonomi bermakna berlaku peningkatan taraf hidup umat Islam.
Nabi Muhammad SAW telah mengambil beberapa tindakan dalam meningkatkanekonomi umat Islam bagi mengurangkan penguasaan golongan Yahudi dan kaum Musyrikin Makkah yang memonopoli bidang perniagaan dan perdagangan.
Prinsip ekonomi Islam berkait dengan konsep rububiyah yang menekankan sifat Allah SWT sebagai penguasa yang membuat peraturan dan bertujuan menjaa dan menampung kehidupan makhluk demi kebahagiaan dunia dan akhirat.
falsafah ekonomi Islam berteraskan etika dan moral yang digantikan oleh al-Quran dan Sunah.
Tazkiyah (penyucian harta)
Membentuk kesucian jiwa dan ketinggian akhlak melalui pembersihan harta dengan mengeluarkan zakat,bersedeqah dan sebagainya.
Pembersihan jiwa ini juga dapat dibentuk dengan mengikis sifat bakhil dan diganti dengan sifat pemurah,zuhud(tidak terlalu mencintai dunia),dan qamah(merasa cukup dengan apa yang ada) di samping kompromi dan pengagihan kekayaan sama rata serta saling bekerjasama dan membantu.
Prinsip permuafakatan
Islam menekankan semangat muafakat untuk mengurangkan pertelingkahan antara pasangan-pasangan uit ekonomi seperti maajikan dengan pekerja,penjual dan embeli serta pengeluar dan pengguna.
Unit ekonomi tersebut mempunyai matlamat dan arah yang sama iaitu mengabdikan diri kepada nilai keadilan dan muafakat yang dituntut oleh agama.
prinsip untung dan rugi
Prinsip untung dan rugi adalah lumrah dalam muamalat Islam.
Berdasarkan prinsip ini,mekanisme seperti mudarabah dan musyarakah digalakkan dalam aktiviti ekonomi.
Ia menjamin keadilan di samping menerapkan konsep saling memerlukan antara pengusaha dengan pemilik modal.
Kerja sebagai ibadah
Dalam ekonomi Islam,kegiatan ekonomi merupakan ibadah
Setiap kali kegiatan ekonomi sama ada kecil atau besar akan menjadi ibadah dan diberi gnjaran pahala jika dilakukan mengikut kehendak dan peraturan agama.
Penutup
Kegiatan ekonomi Islam dipandu oleh konsep yang jelas,yang menekankan kepaa kikhlasan,kesediaan dan ketundukan kepada syariat Islam serta menekankan natiajh di dunia dan akhirat.
Sistem ekonomi yang diperkenalkan oleh Islam berprinsipkan akidah yang mementingkan kesejahteraan dan keadilan serta sesuai sepanjang zaman.
Ia berbeza dengan sistem ekonomi kapitalis Barat yang dicipta oleh manusia yang hanya bermatlamatkan keuntungan duniawi semata-mata.