Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
Bincangkan kaedah pemilihan khalifah pada zaman Khalifah al-Rasyidin dan…
Bincangkan kaedah pemilihan khalifah pada zaman Khalifah al-Rasyidin dan Khalifah
Umayyah.
Kaedah pemilihan khalifah zaman khalifah al-Rasyidin
Keadah perundingan atau persetujuan tanpa ada calon terlebih dahulu
Nabi Muhammad SAW tidak meninggalkan wasiat bagi
penggantinya.
Selepas kewafatan Nabi SAW golongan Muhajirin, Ansar dan Yahudi berkumpul di Balai Sa’adah untuk berunding secara terbuka dan berhemah mengenai perlantikan khalifah bagi menggantikan kepimpinan nabi
Bagi menggelakkan perselisihan dalam kalangan umat Islam, Abu Bakar al-Siddiq mencalonkan Umar al-Khattab mewakili golongan Muhajirin dan Abu Ubadah mewakili golongan Ansar untuk menjadi khalifah.
Namun kedua-dua calon berkenaan menarik diri dan bersetuju mencalonkan
Abu Bakar al-siddiq dan mendapat sokongan umat Islam
Abu Bakar al-Siddiq dipilih atas dasar ketokohannya, pernah mengimamkan solat ketika nabi
Muhammad SAW uzur dan merupakan sahabat yang paling rapat dengan Nabi.
Setelah Abu Bakar dipilih dan dipersetujui secara syura (musyawarrah), beliau kemudiannya dibaiah seluruh umat Islam Madianah dan golongan Yahudi.
Perlantikan Abu Bakar al-siddiq sebgai khalifah pertama umat Islam pada tahun 632M
menunjukkan nilai demonstrasi berkembang subur
Kaedah cadangan seseorang calon dari khalifah dahulu
Kaedah ini dilakukan sewaktu Khalifah Abu Bakar berada dalam keadaan gering.
Umar alkhattab dicalonkan sebagai bakal khalifah oleh Abu Bakar al-Siddiq bagi mengelakkan negara Madinah kembali huru-hara sebagaimana situasi yang berlaku pada zamannya seperti kewujudan nabi palsu dan golongan murtad
Umar al-Khattab dicalonkan berdasrkan dirinya merupakan sahabat terkanan dan banyak
membantu nabi dalam pentadbiran dan gerakan dakwah.
Kriteria pemilihan khalifah kedua ini berdasarkan ketokohan, kebolehan, berhikmah, bijaksana, taqwa dan ciri-ciri lain yang terdapat dalam Al-Quran.
Setelah Khalifah Abu Bakar meninggal dunia, pencalonan Umar Al-Khattab dibawa para sahabat
ke majlis Syura untuk persetujuan.
Setelah Majlis Syura setuju sebulat suara, Umar Al-Khattab
menerima baiah dari umat Islam secara sukarela tanpa sebarang bantahan.
Kaedah pemilihan zaman Khalifah zaman Khalifah Umayyah
Kaedah pemilihan khalifah secara warisan
Pengasas kerajaan Bani Umayyah iaitu Khalifah Muawiyah bin Abi Sufyan (661-681) telah menamatkan kaedah perlantikan khalifah berbentuk musyawarah dan baiah umat Islam seperti mana yang diamailkan pada zaman Khalifah al-Rasyidin
Kaedah perlantikan khalifah yang diamalkan oleh Khalifah Umayyah iaitu secara monarki
warisan dan hak mutlak khalifah sebelumnya
Khalifah Muawiyah semasa hayatnya telah
melantik puteranya, Yazid bin Muawiyah sebagai putera mahkota (bakal pengganti)
Begitu juga Khalifah Yazid bin Muawiyah telah melantik puteranya, Muawiyah II bin Yazid
sebagai khalifah penggantinya.
Pelantikan Yazid bin Muawiyah (681-684M) sebagai menjadi titik permulaan pelantikan khalifah secara warisan atau keturunan melalui kuasa mutlak khalifah sebelumnya
Terdapat sebahagian Khalifah Bani Umayyah yang melantik dua putera mahkota
serentak
Umpamanya Khalifah Marwan al-Hakkam (684-685) melantik dua puteranya Abdul
Malik bin Marwan dan abdul Aziz bin Marwan.
Begitulah kaedah perlantikan khalifah semasa
kerajaan Bani Umayyah memerintah sehingga kejatuhan kerajaan tersebut pada tahun 750M
Kaedah pemilihan khalifah melalui jawatankuasa khas
Senarai calon tersebut adalah dalam kalangan enam sahabat besar iaitu Uthman bin al-Affan, Alibin Abi Talib, Saad bin Abi Waqas, Zubair bin Awwam, Abdul Rahman bin Auf dan Talhah bin Ubaidillah
Selepas kewafatan Khalifah Umar bin al-Khattab, keenam-enam calon tersebut telah berkumpul dan bermesyuarat di sebuah rumah seorang sahabat bernama al-Miswar bin Makhramah,Abdullah bin Umar (anak Khalifah Umar al Khattab ) menjadi pemerhati dalam perbincangan tersebut
Sebelum Khalifah Umar al-khattab meninggal dunia akibat ditikam oleh hamba berketurunan
Parsi, beliau telah mengusulkan nama-nama calon yang layak menjadi khalifah selepasnya.
Empat dari mereka iaitu Saad bin Abi Waqas, Zubair bin Awwam, Abdul Rahman bin Auf dan Talhah bin Ubaidillah telah menarik diri dan bertindak sebagai jawatankuasa atau wakil umat Islam dalam pemilihan Khalifah baharu.
Abdul Rahman bin Auf sebagai ketua bersama tiga sahabat besar telah bertemu dan menemuramah kedua-dua calon khalifah berkenaan dan turut mendapat pandangan penduduk Madinah
Dalam pemilihan tersebut, Uthaman bin al-Affan telah mendapat sokongan majoriti berbanding Ali bin Abi Talib lalu dibaiah oleh umat Islam sebagai khalifah ketiga menggantikan Khalifah Umar al-Khattab.
Kaedah perlantikan ini menunjukkan unsur demokrasi telah dipratikkan dalam
pemilihan khalifah