Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
Terangkan konsep ekonomi Islam di Madinah pada zaman Nabi Muhammad SAW -…
Terangkan konsep ekonomi Islam di Madinah pada zaman Nabi Muhammad SAW
definisi ekonomi islam
Suatu sistem berteraskan syariah bagi melindungi dan menegakkan kestabilan dalam
pemerolehan, penggunaan dan pengurusan sumber alam, dengan memenuhi kepuasan manusia
untuk melaksanakan tanggungjawab kepada Allah swt dan manusia keseluruhannya.
Ekonomi merupakan satu ilmu yang mengkaji kegiatan manusia yang selaras dengan tuntutan
Islam sama ada di peringkat perolehan, penggunaan atau pengurusan sumber untuk kebaikan
diri, masyarakat dan negara darisegi rohani dan jasmani bagi mendapatkan keredaan Allah swt.
tazkiyah (penyucian harta )
Membentuk kesucian jiwa dan ketinggian akhlak melalui pembersihan harta dengan
mengeluarkan zakat, bersedeqah dan sebagainya.
Pembersihan jiwa ini juga dapat dibentuk dengan mengikis sifat bakhil dan diganti dengan sifat
pemurah, zuhud (tidak terlalu mencintai dunia), dan qamah (merasa cukup dengan apa yang
ada) di samping kompromi dan pengagihan kekayaan sama rata serta sikap saling bekerjasama
dan membantu.
prinsip untung dan rugi
Prinsip untung dan rugi adalah lumrah dalam muamalat Islam. Berdasarkan prinsip ini,
mekanisme seperti mudarabah dan musyarakah digalakkan dalam aktiviti ekonomi.
Ia menjamin keadilan di samping menerapkan konsep saling memerlukan antara pengusaha
dengan pemilik modal.
prinsip permuafakatan
Islam menekankan semangat muafakat untuk mengurangkan pertelingkahan antara pasanganpasangan unit ekonomi seperti majikan dengan pekerja, penjual dan pembeli serta pengeluar
dan pengguna.
Unit ekonomi tersebut mempunyai matlamat dan arah yang sama iaitu mengabdikan diri kepada
nilai keadilan dan muafakat yang dituntut oleh agama.