Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
ciri sistem ekonomi ialam yg lebih adil dan berlandaskan syariat ilam -…
ciri sistem ekonomi ialam yg lebih adil dan berlandaskan syariat ilam
aktiviti eekonomi bertujuan untuk beribadah kepada allah
Dalam sistem Islam, tujuan utama setiap aktiviti perniagaan, pelaburan, perusahaan dan seumpamanya
adalah untuk beribadah kepada Allah swt. Dalam kontek ini, tiada sebarang aktiviti ekonomi Islam
dilaksanakan selain dasar ini. Aktiviti ekonomi haruslah di lakukan berkhemah, bertanggungjawab dan
tidak mengetepikan aspek nilai dan kebajikan.
matlamat jangka pangjang diutamakan
Matlamat sistem ekonomi adalah untuk memberi kemakmuran dan kesejahteraan kepada rakyat Bagi
individu yang mengushakan perniagaan, matlamat jangka dalam aktiviti yang diletakkan adalah untuk
mencapai kesejahteraan hidup di akhirat
memberi kemakmuran kepada masyarakat
Tujuan aktiviti pernigaan dan ekonomi adalah untuk memberi kemakmuran dan kesenangan kepada
masyarakat. Produk atau perkhidmatan yang dikeluarkan adalah untuk maningkatkan nilai dan tahap
hidup masyarakat. Perkhidmatan pelacuran, perjudian, dan seumpamanya tidak ada sama sekali dalam
senarai aktiviti ekonomi Islam Sebagaimana yang di amalkan masyarakat jahiliah dan kaum yahudi di
madinah, kerana ia membawa kepada kerosakan dan kesengsaraan kepada kehidupan masyarakat.
keuntungan dunia dan akhirat
Perniagaan dan aktiviti ekonomi adalah untuk mendapat keuntungan meterial dan pahala daripada
aktiviti yang dilakukan nabi Muhammad SAW menjelaskan bahawa, "peniaga yang amanah berada di
bawah naungan arash pada hari pengadilan". Hadis menjelaskan bahawa peniaga yang menjalankan
urusan perniagaan dengan amanah dan tidak menipu timbangan serta sukatan akan dimasukkan ke
dalam golongan yang diberi keistimewaan.
Semakin banyak pahala yang diperoleh daripada aktiviti ekonomi, semakin tinggi usaha yang
dilaksanakan. Seterusnya, aktiviti ekonomi akan mengutamakan sifat tolong- menolong, jujur dan
mengutamakan golongan yang lemah kerana matlamatnya adalah untuk mendapat pahala dan ganjaran
Allah SWT