Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
14.Bincangkan pelaksanaan naungan melalui jizyah pada zaman Khalifah al…
14.Bincangkan pelaksanaan naungan melalui jizyah pada zaman Khalifah al-Rasyidin abad ke-7 Masihi dan pada zaman Khalifah Umayyah dari abad ke-7 hingga 8 Masihi
Pendahuluan
Jizyah berasal daripada perkataan Arab yang bermaksud ganti rugi atau cukai perlindungan Jizyah dianggap sebagai suatu pemberian ufti oleh seseorang individu atau kerajaan bukan Islam kepada kerajaan Islam dan ia merupakan simbol naungan.
Jizyah juga ditakrifkan sebagai cukai politik yang dikenakan ke atas golongan kafir zimmi yang menerima perlindungan nyawa dan harta daripada pemerintah Islam.
Orang bukan Islam yang membayar jizyah akan diberikan hak hidup sama seperti orang Islam dan akan mendapat kebebasan beragama.
Jizyah bukan satu bentuk denda tetapi merupakan ganjaran atas komitmen kerajaan Islam melindungi mereka.
Kerajaan Khalifah al-Rasyidin terbentuk secara rasmi pada tahun 632M apabila Abu Bakar al-Siddiq dipilih oleh umat Islam sebagai khalifah pertama.
Kerajaan ini diperintah empat orang sahabat nabi muhammad SAW iaitu Khalifah Abu Bakar al-Siddiq(632-634),Khalifah Umar bin al-Khattab(634-644),Khalifah uthman bin Affan(644-656) dan Khalifah Ali bin Abi Talib(656-661).
Pemerintah Khalifah Umayyah yang berpusat di Damsyik berlangsung hampir 90 tahun(661-750M)dan terdiri 14 orang khalifah.
-
-
-
Jenis jizyah
Pelaksanaan naungan melalui pembayaran jizyah terbahagi kepada dua kategori iaitu jizyah secara rela dan jizyah secara paksa.
jizyah secara rela adalah pembayaran atas dasar kerelaan atau persetujuan bersama antara orang bukan Islam dengan pemerintah Islam.
Jizyah secara paksaan merupakan kadar bayaran yang ditentukan oleh pemerintah Islam apabila ada hubungan antara golongan zimmi dengan kerajaan Islam.
Kesanggupan berada di bawah naungan kerajaan Islam dengan membayar jizyah menggambarkan kekuatan kerajaan Umayyah khususnya pada zaman Khalifah Muawiyyah,Khalifah Abdul Malik dan Khalifah al-Walid.
Penutup
Pelaksanaan jizyah bukan sahaja membuktikan kekuasaan kerajaan Islam tetapi pada masa sama dapat meningkatkan sumber pendapatan negara.
Pelaksanaan Jizyah yang diamalkan Khalifah Umayyah agak brbeza dengan zaman Khalifah al-Rasyidin perbezaan ini dipengaruhi oleh faktor keperluan semasa kewangan negara yang semakin merosot.
Dasar jizyah yang tidak mesra rakyat dan membebankan ini akhirnya menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan rakyat dan merupakan salah satu faktor yang membawa kepada kemerosotan khalifah Umayyah.
-