Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
Nilaikan sumbangan Khalifah Khalifah Harun al-Rasyid dalam bidang politik,…
Nilaikan sumbangan Khalifah Khalifah Harun al-Rasyid dalam bidang politik, ekonomi dan
sosial
Politik : Dasar pentadbiran yang cekap
Khalifah Harun al-Rasyid menggunakan pengalaman pentadbiran sejak zaman mudanya dalam
kerajaan Abbasiyah untuk menyusun dan memperkemaskan sistem pentadbiran negara
Beliau melantik wazir bijaksana daripada keluarga al-Barmaki iaitu Yahya bin Khalid. Hasil
kebijaksanaan keluarga al-Barmaki yang menjadi wazir dan gabenornya, Khalifah Harun alRasyid berjaya membentuk satu sistem pentadbiran yang cekap dan tersusun.
Beliau melantik wazir bijaksana daripada keluarga al-Barmaki iaitu Yahya bin Khalid. Hasil
kebijaksanaan keluarga al-Barmaki yang menjadi wazir dan gabenornya, Khalifah Harun alRasyid berjaya membentuk satu sistem pentadbiran yang cekap dan tersusun.
Harun al-Rasyid bertindak keras menghapuskan pengaruh keluarga al-Barmaki dari kerajaannya
Memperkasakan pasukan tentera
Khalifah Harun al-Rasyid telah menyusun semula pasukan tentera Abbasiyah.
Beliau sendiri menjadi panglima tertinggi angkatan perang dan beberapa kali mengetuai pasukan
tentera di medan perang
Contohnya ketika menyerang tentera Byzantine pimpinan Maharaja Nivephoras 1 peperangan ini
berakhir dengan kemenangan tentera Islam.
Hasil daripada sikap dan layanan baik oleh Harun al-Rasyid, pasukan tentera Abbasiyah telah
menjadi satu pasukan yang kuat, berdedikasi dan berdisiplin.
Pasukan tentera Islam amat ditakuti dan dihormati oleh pihak musuh.
Ekonomi : Perkembangan ekonomi
Dasar liberal Khalifah Harun al-Rasyid membawa pertumbuhan pesat di bidang ekonomi seperti kegiatan pertanian, perdagangan, perusahaan dan perlombongan.Harun al-Rasyid telah menggalakkan pembukaan tanah-tanah baharu serta membekalkan biji benih secam percuma kepada para petani serta kemudahan tali air turut disediakan untuk menyuburkan kawasan pertanian
Tanah-tanah rampasan perang diagihkan kepada tentera dan golongan miskin untuk diusahakan..
Banyak jalan darat dibuka untuk tujuan perdagangan, contohnya jalan dari Iraq ke utara pesisir Laut Merah menuju ke Laut Mediterranean, Tunisia dan Maghribi.
Laluan laut terkenal adalah Laut Paru, Laut Merah dan Laut Mediterranean.
Kegiatan perusahaan ringan seperti membuat barang perhiasan dan permata, emas dan logam turut berkembang
Kota Baghdad telah dimajukan dan terkenal dengan kegiatan perdagangan, perniagaan dan menjadi tumpuan para pedagang seluruh dunia termasuk dari China dan Perancis.
Banyak kota di wilayah Islam muncul sebagai pusat perdagangan utama
Sosial : Perkembangan kegiatan intelektual dan keilmuan
Kedudukan kewangan yang kukuh dan sikap khalifah mencintai ilmu pengetahuan membolehkan bidang keilmuan dan kegiatan intelektual berkembang pesat.
Khalifah Harun al-Rasyid mengambil beberapa langkah untuk memajukan lagi kegiatan keilmuan.
Mailis forum, syarahan dan perbahasan sering diadakan di istana. Khalifah sendiri kerap menyertai ini dan menjadi penaungnya.
Harun al-Rasyid mendirikan banyak sekolah rendah dan menengah serta kolej sebagai pusatperkembangan ilmu
Harun al-Rasyid menubuhkan Baitul Hikmah sebagai pusat perkembangankegiatan intelektual terbesar di Baghdad.
Contohnya, Baitul Hikmah akhirnya menjadi gedung utama ilmu pengetahuan dan menjadi tumpuan para sarjana membuat kajian dan penyelidikan. Dua bidang utama kegiatan intelektual yang berkembang pesat pada masa itu adalah kegiatan penterjemahan buku dari bahasa asing ke dalam bahasa Arab dan penulisan karya asli.
Ramai sarjana dalam pelbagai bidang muncul pada
zaman Harun al-Rasyid seperti Jabir Ibn Hayyan
Hasil dan kesan daripada usaha Khalifah Harun al-Rasyid dalam memperkayakan ilmu pengetahuan telah menjadikan Baghdad sebagai pusat kegiatan intelektual terkemuka dunia.