3.Bincangkan konsep dan sumber pendapatan ekonomi Islam pada zaman Nabi Muhammad SAW pada abad ke-7 Masihi
Pendahuluan
Madinah merupakan sebuah kawasan yang asalnya sebuah oasis kawasan yang subur dan kaya dengan kegiatan ekonomi teerutama perdagangan dan pertanian.
Kegiatan ekonomi(isi penting)
Kegiatan ekonomi utama adalah perdagangan dan pertanian.
Tanaman seperti anggur,barli dan gandum .
Tamar adalah tanaman yang penting dan memberi faedah kepada penduduk madinah.
Barangan yang diperdagangkan ialah kurma,bijirin,emas,zamrud dan arak.
Ekonomi di Madinah dimonopoli oleh golongan Yahudi.
Mereka merupakan usahawan,petani dan peniaga yang mengamalkan riba.
Manakala Puak Aus dan Kharaj mengusahakan tanah yag kering kontang dan hidup dalam kemiskinan.
Aktiviti perniagaan di madinah terbukti apabila wujud pasaran harian dan bermusim.
Muhammad bin habb al-Bagdadi mencatatkan bahawa terdapat sekurang-kurangnya sebelas pasar bermusim sebelum kadatangan Islam dan terus berkembang pada zaman Islam seperti ukaz ,majannah,Zu al-majaz dan hubashah.
Dari segi ekonomi,masyarakat Arab pada keseluruhannya menjalankan aktiviti menternak binatang seperti unta,kambing dan biri-biri.
Mereka berkhemah di lembah yang terdapat takungan air bagi memajukan usaha ternakan dan tanaman.Daripada binatang ternakan mereka mendapat bekalan makanan seperti daging,susu dan keju.
Di samping itu,mereka memanfaatkan kulit binatang untuk membuat khemah ,pakaian dan bekas menyimpan air.
Derma/sedekah/wakaf(sumber pendapatan ekonomi)
Merupakan sumber kewangan utama umat Islam di madinah yang mencabar sehingga mencapai kemuncak kegemilangannya.
Rasulullah pernah meminta umat islam supaya memberikan sumbangan kepada kebajikan satu kabilah yang baru memeluk Islam.
Contoh,makanan,pakaian, sementara orang ansar mendermakan wang.
Orang Islam sentiasa menghulurkan pelbagai bentuk derma kepada tabung bersama.
contohnya,dalam Perang khandak,sa'ad bin ubadah,Jabir bin Abdullah mendermakan makanan dan kuram kepada tentera Islam.
Abu Bakar mendermakan seluruh wang yang di milikinya berjumlah 4000 dirham dan umar mendermakan separuh daripada kekayaannya.
Selain derma dalam bentuk wang,masyarakat Islam juga menderma dalam bentuk hartanah.
Orang yahudi yang percaya dengan keikhlasan Nabi muhammad SAW juga turut menyumbang.
Contohnya;mukhairiz daripada bani Nandhir yang nabi memeluk islam sebelum perang Uhud telah mewasiatkan tanaman kurma iaitu tujuh buah dusun kepada nabi Muhammad SAW.
Jizyah
Merupakan cukai politik yang dikenakan ke atas orang bukan Islam yang digelar golongan Zimmi bagi perlindungan yang diberikan oleh negara Islam ke atas keselamatan jiwa dan harta benda mereka.
jizyah boleh dibayar secara tunai atau barangan
Mereka yang enggan membayar Jizyah akan dikenakan hukuman berat.
Nabi Muhammad SAW mengesyorkan kadar bayaran ditetapkan satu dirham setiap kepala.
Satu lagi warkah baginda kepada al-Munzir bin Sawa ialah mengutip sebanyak 4 dirham dan sepasang jubbah lelaki.
jizyah juga dikutip daripada orang Kristian Najran dengan bayaran sebanyak 2000 pakaian yang perlu diserahkan setiap tahun pada bulan rejab dan 1000 pada bulan Safar.
zakat
Diperkenalkan oleh Nabi Muhammad SAW ke atas setiap orang Islam,tidak kira lelaki atau perempuan.
Zakat dikenakan ke atas pemilikan tunai,barang kemas,hasil pertanian dan binatang ternakan.
Nabi Muhammad SAW mewajibkan mereka membayar zakat atau ushr bagi hasil kurma dan nisf al-ushr bagi hasil gandum mereka.
Beberapa warkah yang ditandatangani oleh Nabi Muhammad SAW menunjukkan perintah membayar zakat ternakan bagi orang Islam.
Misalnya,Bahilah diwajibkan membayar fariz(lembu tua) dalam sekumpulan 40 ekor dan saqhiyah(unta tua) sebanyak 5 ekor.
Penduduk Dumah dan Kalb kena membayar zakat yang sama,selain ushr atau separuh daripada hasil pertanian mereka.
Penutup
Ringkasnya,dapatlah dikatakan ekonomi menurut persepektif Islam merupakan bidang ilmu yang melibatkan aspek fizikal(lahiriah) dan spiritual.
Selain itu,ekonomi Islam berasaskan konsep tauhid bagi melahirkan manusia yang beriman,beramanah dan bertanggungjawab.
Selain menternak binatang,mereka juga menjalankan kegiatan bercucuk tanam seperti menanam kurma,gandum,jagung,anggur dan sayur-sayuran.
Bagi mereka yang tinggal di kota,lazimnya akan menjalankan urus niaga dan pertukangan.
Mereka berniaga menerusi jalan darat seperti qafilah.
Setiap kafilah disertai oleh ramai pedagang.
Dengan cara berkumpulan ini mereka berasa lebih selamat memandangkan mereka tarpaksa berjalan-jalan beratus kilometer.