Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
12.Bincangkan konsep jihad dan kepentingannya kepada masyarakat Islam…
12.Bincangkan konsep jihad dan kepentingannya kepada masyarakat Islam zaman Nabi Muhammad SAW dan zaman Khalifah al-Rasyidin
Pendahuluan
Peperangan dalam Islam diistilahkan dengan jihad ialah peperangan di jalan Allah(Fi Sabillah) sebagai tanda pengabdian Muslim hanya kepada Allah SWT.
Jihad berlaku sejak zaman Rasulullah SAW dan baginda berjihad menyebarkan dakwah,mempertahankan kesucian dan keutuhan Islam dan ianya diteruskan oleh para sahabat.
-
Konsep Jihad
Jihad berasal daripada bahasa Arab,iaitu al-Jahdu dan al-Jihad yang bermaksud pengerahan segenap tenaga manusia untuk mendapat sesuatu yang diingini atau menolak sesuatu yang dibenci.
Menurut Al-Quran dan Hadis,jihad diterjemahkan sebagai 'berjuang'.
Jihad dalam Islam bukanlah tentang membunuh atau dibunuh tetapi tentang bagaimana berjuang memperoleh keredhaan Ilahi.
Mengikut sejarawan Islam,Abu A'la al Maududi,jihad dalam Islam bukan sekadar perjuangan tetapi satu perjuangan di jalan Allah SWT dan fissabilillah merupakan syarat utama jihad dalam Islam.
Menurut Mazhab Hanafi pula,jihad ialah mengajak orang kafir ke dalam pelukan Dil al-Haqq dan memerangi mereka yang menolaknya.
Menurut Mazhab Shafie,jihad berperang di jalan Allah SWT dan mengerahkan segala kemampuan untuk memerangi orang kafir.
Dalam Islam,mati syahid merupakan orang Islam yang maut ketika berperang atau berjuang di jalan Allah membela kebenaran atau mempertahankan hak dengan penuh kesabaran dan keikhlasan untuk menegakkan agama Allah.
-
-
-
-
-
Penutup
-
Ganjaran bagi orang yang berjihad dalam Islam adalah sangat berharga kerana mudah untuk mendapat rahmat,keampunan dan syurga daripada Allah SWT.
Sudah semestinya Allah SWT berhak menguji keimanan dan kesabaran manusia dengan melihat pengorbanan dan perjuangan yang ikhlas semata-semata kerana Allah SWT.