Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
13.Nilaikan ciri kepimpinan Sultan Salehuddin al-Ayyubi dan Sultan…
13.Nilaikan ciri kepimpinan Sultan Salehuddin al-Ayyubi dan Sultan muhammad al-Fatih dalam bidang ketenteraan.
Pendahuluan
Salehuddin Yusuf bin Najmuddin Ayyub dilahirkan di Tirkit,Iraq pada tahun 532 H bersamaan 1138M iaitu setelah hampir empat puluh tahun tentera Salib menduduki Baitul Maqdis.
Beliau merupakan pengasas kerajaan al-Ayyubiah di Mesir dan bergelar Sultan Salehuddin.
Sultan Muhammad al-Fatih pula dilahirkan pada 29 Mac 1432 Masihi di Adrianapolis(sempadan Turki Bulgaria).
Baginda fasih bertutur dalam tujuh bahasa iaitu Arab,Latin,Greek,Serbia,Turki,Parsi dan Hebrew.
Terdapat beberapa ciri kepimpinan Sultan Salehuddin al-Ayyubi dan Sultan Muhammad al-Fatih dalm bidang ketenteraan.
Panglima perang(Sultan Salehuddin al-Ayyubi)
Beliau menyertai ekspedisi ketenteraan Syria bersama bapa saudaranya,Asaddin Shirkuh,panglima perang kepada sultan Nuruddin al-Zinki,penguasa Damsyik.
Misalnya,mereka berjaya mengalahkan tentera Salib di bawah kerajaan Palestin,pimpinan raja Almaric 1 dari Jurussalem.
Setelah Asaddin Shirkuh meninggal dunia,Salehuddin al-Ayyubi telah dilantik sebagai panglima tentera Syria yang menjadi titik tolak kepada bakat beliau sebagai panglima tentera Islam termasyhur dalam siri-siri Perang Salib yang akhirnya membawa kepada pembebasan kota suci Baitul Maqdis dan bumi Palestin daripada cengkaman tentera Kristian pada abad ke-12 Masihi.
Jelaslah bahawa baginda berjaya menjadi penglima perang yang memulakan peperangan pada hari Jumaat ssmpena mengambil berkat doa umat Islam dan para khatib solat Jumaat.
Kepimpinan melalui tauladan(Sultan Salehuddin al-Ayyubi)
Seterusnya,baginda juga menunjukkan ciri kepimpinan melalui tauladan kerana sanggup mengenepikan kehidupan mewah dan memilih corak hidup sederhana dan zuhud agar menjadi contoh kepada rakyat dan tenteranya.
Beliau sentiasa menggalakkan tenteranya bertahajud dan tilawah al-Quran.
Keyakinnya terhadap janji dan pertolongan tuhan menyebabkan beliau meletakkan segala harapan kepada Allah SWT dalam setiap situasi sukar.
Contohnya,ketika menghadapi kepungan tentera Salib di Baitul Maqdis,beliau tetap enggan meninggalkan kota suci itu walaupun keadaan terdesak.
Keyakinan Salehuddin menyebabkan tentera Islam sanggup berjihad hingga syahid.
Sehingga kepimpinan Salehuddin menjadikan beliau sebagai 'role model' kepada tenteranya.
Jelaslah bahawa semangat jihad Salehuddin yang sentiasa berkobar-kobar menyebabkan isu jihad sentiasa berjaya menjadi tajuk perbincangan paling digemari oleh tenteranya.
Kebolehan berpidato(Sultan Muhammad al-Fatih)
Selain itu,ciri kepimpinan dalam bidang ketenteraan lain bagi Sultan Muhammad al-Fatih ialah mempunyai kebolehan pidato.
Kepetahan berpidato Sultan Muhammad al-Fatih berjaya mempengaruhi pelbagai pihak dan mendapat sokongan dalam usaha menghadapi musuh termasuk menawan kota Konstntinopal.
Misalnya,penguasaan beliau dalam tujuh bahasa iaitu Arab,Latin,Greek,Serbia,Turki,Parsi dan Hebrew memberi kredit besar kepada beliau bagi berpidato dengan sesiapa sahaja,sama ada kawan atau lawan.
Oleh itu,kejayaan baginda dalam menyampaikan sesuatu dapat mempengaruhi pihak lain demi kebaikan.
Kebolehan berfikir secara strategik dalam aspek diplomatik(Sultan Muhammad al-Fatih)
Seterusnya,baginda juga mempunyai ciri kepimpinan dimana baginda mempunyai kebolehan berfikir secara strategik dalam aspek diplomatik
Sebagai contoh,Sultan Muhammad al-Fatih menjalinkan perjanjian damai dengan negara Barat seperti Wallachia,Serbia dan Hungary sebagai strategi diplomatik.
Perjanjian damai ini bertujuan memencil dan menghalang mereka daripada memberi pertolongan kepada kota Konstantinopal apabila mula dikepung tentera Uthmaniyah.
Jelaslah bahawa baginda berjaya berfikir secara sstrategik dalam aspek diplomatik untuk menjalinkan pelbagai perjanjian dalam bidang ketenteraan.
Penutup
Sumbangan Salehuddin al-Ayyubi terhadap umat Islam amat besar terutamanya kejayaan mengembalikan kota suci Baitul Maqdis dari penguasaan tentera Islam dan seterusnya berjaya mengembalikan keagungan empayar Islam.
Tidak kurang dengan kehebatan Sultan Muhammad al-Fatih pula kerana penguasaan pelbagai disiplin ilmu khasnya ilmu fardu ain dan fardu kifayah.
Gabungan ilmu ini telah mendidik dan membina ketokohan beliau sebagai sultan dan pemimpin tentera yang berjaya pada zamannya.