Bagi menjamin pentadbiran negara berjalan lancar dan mewujudkan kestabilan politik,Khalifah Abu Bakar bertindak menyusun pentadbiran dengan membahagikan negara Islam kepada 10 wilayah seperti Taif,Makkah,Hadramaut,Khaulan,Najran dan Sana'a dengan diketuai oleh seorang amir(gabenor) yang dibantu oleh imam dan hakim,setiausaha dan pegawai baitulmal.