Nilaikan ciri kepimpinan Sultan Salehuddin al-Ayyubi dan Sultan Muhammad al-Fatih
dalam bidang ketenteraan.

Sultan Muhammad al-Fatih kepimpinan melalui teladan

Ciri kepimpinan Sultan Muhammad al-Fatih dalam bidang ketenteraan ialah kepimpinan melalui teladan dan menjadi role model dan ikutan para tenteranya

Baginda seorang sultan yang cekap, berilmu, genius, warak, gagah, berani, strategis dan bertanggungjawab terhadap pemerintahan-nya

Contohnya

pada waktu siang, beliau menunggang kuda memerhati latihan tentera

pada waktu malam, beliau berjalan ke khemah-khemah tentera a dan menggalakkan mereka bertahajud dan tilawah al-Quran terutama ayat-ayat berkaitan jihad.

Beliau merupakan panglima tentera agung yang memimpin sendiri 25 ekspedisi ketenteraan

Jelaslah bahawa Sultan Muhammad al-Fatih berjaya menjadi teladan yang boleh dicontohi olehpara tenteranya.

Sultan Muhammad al-Fatih
mempunyai kebolehan berpidato.

Ciri kepimpinan dalam bidang ketenteraan lain bagi Sultan Muhammad al-Fatih ialah mempunyai kebolehan berpidato.

Kepetahan berpidato Sultan Muhammad al-Fatih berjaya mempengaruhi pelbagai pihak

mendapat sokongan dalam usaha menghadapi musuh termasuk menawan kota Konstantinopal.

Misalnya, penguasaan beliau dalam tujuh bahasa iaitu Arab, Latin, Greek, Serbia, Turki, Parsi dan Hebrew memberi kredit besar kepada beliau bagi berpidato dengan sesiapa sahaja, samada kawan atau lawan

Oleh itu, kejayaan baginda dalam menyampaikan sesuatu dapat mempengaruhi pihak lain demi kebaikan

Sultan Salehuddin al-Ayyubi
sebagai panglima perang

baginda berjaya menjadi panglima perang yang memulakan peperangan pada hari Jumaat sempena mengambil berkat doa umat Islam dan para khatib solat Jumaat

membawa kepada pembebasan kota suci
Baitul Maqdis dan bumi Palestin daripada cengkaman tentera Kristian pada abad ke-12 Masihi.

Setelah Asaddin Shirkuh meninggal dunia, Salehuddin al-Ayyubi telah dilantik sebagai panglima tentera Syria yang menjadi titik tolak kepada bakat sebagai panglima tentera Islam termasyhur dalam siri-siri Perang Salib

Misalnya, mereka berjaya mengalahkan tentera Salib di bawah kerajaan Palestin, pimpinan raja Almaric 1 dari Jerussalem

Beliau menyertai ekspedisi ketenteraan Syria bersama bapa saudaranya, Asaddin Shirkuh, panglima perang kepada sultan Nuruddin al-Zinki, penguasa Damsyik.

Baginda merupakan panglima perang yang terkemuka pada zaman Perang Salib.

Sultan Salehuddin al-Ayyubi menyatupadukan wilayah islam

Salehuddin berjaya menyatukan Syria dan Mesir serta menubuhkan Kerajaan al Ayyubiah sekaligus menamatkan kerajaan Fatimiyyah yang bermazhab syiah

Contoh

Salehuddin berjaya menyatukan Syria dan Mesir serta menubuhkan Kerajaan alAyyubiah sekaligus menamatkan kerajaan Fatimiyyah yang bermazhab syiah

etelah berjaya menguasai kerajaan-kerajaan Islam yang kecil, beliau bertindak menghapuskan pengkhianat agama dan negara agar peristiwa Wazir Besar Shawar yang bersekongkol dengan tentera Salib tidak berulang

Berusaha menyatupadukan umat Islam dan wilayah-wilayah Islam

beliau berjaya menyatukan wilayah-wilayah Islam seperti Sudan, Yaman dan Hijazke dalam kekuasaannya.Wilayah Islam di Afrika Utara berjaya dirampas dari kekuasaan tentera Salib.