Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
13. Nilaikan ciri kepimpinan Sultan Salehuddin al-Ayyubi dan Sultan…
13. Nilaikan ciri kepimpinan Sultan Salehuddin al-Ayyubi dan Sultan Muhammad al-Fatih
dalam bidang ketenteraan.
Menyatupadukan wilayah Islam
Setelah berjaya menguasai kerajaan-kerajaan Islam yang kecil, beliau bertindak menghapuskan
pengkhianat agama dan negara
Contohnya, Salehuddin berjaya menyatukan Syria dan Mesir serta menubuhkan Kerajaan alAyyubiah sekaligus menamatkan kerajaan Fatimiyyah yang bermazhab syiah dan beliau berjaya menyatukan wilayah-wilayah Islam ( Sudan, Yaman dan Hijaz )
Penyatuan wilayah Islam di bawah kekuasaan Salehuddin ini menyediakan kekuatan tentera Islam
yang besar untuk menamatkan pendudukan tentera Salib di Baitul Maqdis sejak berpuluh tahun
CIRI KEPIMPINAN SULTAN MUHAMMAD AL-FATIH
Kepimpinan melalui teladan
Baginda seorang sultan yang cekap, berilmu, genius, warak, gagah, berani, strategis dan
bertanggungjawab terhadap pemerintahan-nya
Sebagai contoh, pada waktu siang, beliau menunggang kuda memerhati latihan tentera dan pada waktu malam, beliau berjalan ke khemah-khemah tentera dan menggalakkan mereka bertahajud
Beliau merupakan panglima tentera agung yang memimpin sendiri 25 ekspedisi ketenteraan
Kebolehan berpidato
Kepetahan berpidato Sultan Muhammad al-Fatih berjaya mempengaruhi pelbagai pihak dan
mendapat sokongan dalam usaha menghadapi musuh termasuk menawan kota Constantinople
Misalnya, penguasaan beliau dalam tujuh bahasa iaitu Arab, Latin, Greek, Serbia, Turki, Parsi dan Hebrew memberi kredit besar kepada beliau bagi berpidato dengan sesiapa sahaja, samada kawan/lawan
CIRI KEPIMPINAN SULTAN SALEHUDDIN AL-AYYUBI
Panglima perang
panglima perang yang terkemuka pada zaman Perang
Salib.
menyertai ekspedisi ketenteraan Syria bersama bapa saudaranya, Asaddin Shirkuh,
panglima perang kepada sultan Nuruddin al-Zinki, penguasa Damsyik.
Misalnya, mereka berjaya mengalahkan tentera Salib di bawah kerajaan Palestin, pimpinan raja
Almaric 1 dari Jerussalem.
Salehuddin al-Ayyubi telah dilantik sebagai panglima
tentera Syria setelah Assadin Shirkuh meninggal dunia
Kesan
menjadi titik tolak kepada bakat beliau sebagai panglima tentera Islam
termasyhur dalam siri-siri Perang Salib yang akhirnya membawa kepada pembebasan kota suci
Baitul Maqdis dan bumi Palestin daripada cengkaman tentera Kristian pada abad ke-12 Masihi