Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
7. CIRI-CIRI KEPIMPINAN NABI MUHAMMAD SAW - Coggle Diagram
7. CIRI-CIRI KEPIMPINAN NABI MUHAMMAD SAW
Akhlak yang mulia dan terpuji.
Baginda menunjukkan akhlak yang terpuji
contoh
Nabi Muhammad SAW membebaskan Malek Bin Auf dan keluarganya serta seluruh hartanya selepas perang Taif sebagai memenuhi janjinya sekiranya Malek Bin Auf menyerah diri.
Kesan
Tindakan baginda yang berpegang
pada janji telah menawan hati musuh-musuhnya sehingga Malek Bin Auf telah memeluk Islam.
Sering berbincang dengan para sahabat
Bagaimana
Nabi Muhammad SAW sering meminta dan mendengar
pendapat yang diberikan oleh para sahabat.
Contoh
Sebagai contoh,dalam perang khandak baginda Nabi Muhammad SAW menerima cadangan daripada sahabat yang bernama Salman Al- Farisi untuk menggali parit sebagai benteng pertahanan umat Islam di sekeliling kota Madinah.
Nabi Muhammad SAW mempunyai bukti ketinggian peribadi
sebagai seorang jeneral perang dan baginda tidak menggunakan kuasa secara mutlak.
Tidak agresif semasa berperang
Bagaimana
menyarankan pasukannya agar tidak mengejar pasukan musuh yang lari daripada medan peperangan supaya dapat menunjukkan bahawa tentera Islam tidak ganas dan agresif serta berperang secara adil iaitu menentang musuh yang melawan tentera pasukan Islam sahaja
Contoh
Sebagai contoh,baginda tidak mengejar tentera musuh yang melarikan diri sewaktu
peperangan yang terjadi di Taif
hal ini kerana tindakan mengejar musuh akan menjejaskan benteng
pertahanan Islam di bahagian belakang
mungkin pihak musuh hanya sengaja
melakukan taktik melarikan diri agar ingin memecahkan formasi pasukan tentera Islam
Bijak mengatur taktik dan strategi yang berkesan.
Mengapa
Taktik dan startegi yang berkesan yang diatur oleh baginda nabi Muhammad saw merupakan satu strategi yang dapat dipercayai dan menyebab setiap kali peperangan yang diketuai oleh baginda Nabi Muhammad SAW akan selalu menang
Contoh
Sebagai contoh, baginda merancang menguasai takungan air dalam perang Badar
menyebabkan tentera musyrikin tidak mempunyai kekuatan kerana dahaga.