Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
Bincangkan kaedah pemilihan khalifah pada zaman Khalifah al-Rasyidin dan…
Bincangkan kaedah pemilihan khalifah pada zaman Khalifah al-Rasyidin dan Khalifah Umayyah
Pendahuluan
Khalifah merupakan pengganti atau jawatan ketua negara yang dibentuk selepas kewafatan Nabi Muhammad SAW.
Kerajaan Khalifah al-Rasyidin terbentuk secara rasmi pada tahun 632 Masihi apabila Abu Bakar al-Siddiq dipilih sebagai khalifah pertama.
Semasa zaman Khalifah al-Rasyidin terdapat beberapa kaedah pemilihan khalifah tetapi kaedah pemilihan Khalifah Bani Umayyah adalah berdasarkan sistem warisan dan menjadi hak mutlak seseorang khalifah.
Kaedah perundingan atau persetujuan tanpa ada calon terlebih dahulu(Khalifah al-Rasyidin)
Kaedah ini dilakukan kerana Nabi Muhammad SAW tidak meninggalkan wasiat bagi penggantinya.
Selepas kewafatan Nabi Muhammad SAW,golongan Muhajirin,Ansar dan Yahudi berkumpul di Balai Sa'adah untuk berunding secara terbuka dan berhemah mengenai perlantikan khalifah bagi menggantikan kepimpinan nabi.
Bagi mengelakkan perselisihan dalam kalangan umat Islam,Abu Bakar al-Siddiq mencalonkan Umar al-Khattab mewakili golongan Muhajirin dan Abu Ubadah mewakili golongan ansar untuk menjadi khalifah.
Namun kedua-dua calon berkenaan menarik diri dan bersetuju mencalonkan Abu Bakar al-Siddiq dan mendapat sokongan umat Islam.
Abu Bakar al-Siddiq dipilih atas dasar ketokohannya,pernah mengimamkan solat ketika Nabi Muhammad SAW uzur dan merupakan sahabat yang paling rapat dengan Nabi.
Setelah Abu Bakar al-Siddiq dipilih atas dasar ketokohannya, pernah mengimamkan solat ketika Nabi Muhammad SAW uzur dan merupakan sahabat yang paling rapat dengan Nabi.
Setelah Abu Bakar dipilih dan dipersetujui secara syura (musyawarrah),beliau kemudiannya dibaiah seluruh umat Islam Madinah dan golongan Yahudi.
Perlantikan Abu Bakar al-Siddiq sebagai khalifah pertama umat Islam pada tahun 632 Masihi menunjukkan nilai demonstrasi berkembang subur.
Kaedah cadangan seseorang calon dari khalifah dahulu(Khalifah al-Rasyidin)
Kaedah ini dilakukan sewaktu Khalifah Abu Bakar berada dalam keadaan gering.
Umar al-Khattab dicalonkan sebagai bakal khalifah oleh Abu Bakar al-Siddiq bagi mengelakkan negara Madinah kembali huru-hara sebagaimana situasi yang berlaku pada zamannya seperti kewujudan nabi palsu dan golongan murtad.
Umar al-Khattab dicalonkan berdasarkan dirinya merupakan sahabat terdekat dan banyak membantu nabi dalam pentadbiran dan gerakan dakwah.
Kriteria pemilihan khalifah kedua ini berdasarkan ketokohan,kebolehan,berhikmah,bijaksana,taqwa dan ciri-ciri lain yang terdapat dalam Al-Quran.
Setelah Khalifah Abu Bakar meninggal dunia,pencalonan Umar Al-Khattab dibawa para sahabat ke Majlis Syura untuk persetujuan.
Setelah Majlis Syura setuju sebulat suara,Umar Al-Khattab menerima baiah dari umat Islam secara sukarela tanpa sebarang bantahan.
Kaedah pemilihan khalifah melalui jawatankuasa khas(Khalifah al-Rasyidin)
Sebelum Khalifah Umar al-Khattab meninggal dunia akibat ditikam oleh hamba berketurunan parssi, beliau telah mengusulkan nama-nama calon yang layak menjadi khalifah selepasnya.
Senarai calon tersebut adalah dalam kalangan enam sahabat besar iaitu Uthman bin al-Affan,Ali bin Abi Talib,Saad bin Abi Waqas,Zubair bin Awwam,Abdul Rahman bin Auf dan Talhah bin Ubaidillah.
Selepas kewafatan Khalifah Umar bin al-Khattab,keenam-enam calon tersebut telah berkumpul dan bermesyuarat di sebuah rumah seorang sahabat bernama al-Misswar bin Makramah,Abdullah bin Umar(anak Khalifah Umar al Khattab) menjadi pemerhati dalam perbincangan tersebut.
Empat dari mereka iaitu Saad bin Abi Waqas,Zubair bin Awwam,Abdul Rahman bin Auf dan Talhah bin Ubaidillah telah menarik diri dan bertindak sebagai jawatankuasa atau wakil umat Islam dalam pemilihan Khalifah baharu.
Abdul Rahman bin Auf sebagai ketua bersama tiga sahabat besar telah bertemu dan menemu ramah kedua-dua calon khalifah berkenaan dan turut mendapat pandangan penduduk Madinah.
Dalam pemilihan tersebut,Uthman bin al-Affan telah mendapat sokongan majoriti berbanding Ali bin Abi Talib lalu dibaiah oleh umat Islam sebagai khalifah ketiga menggantikan Khalifah Umar al-Khattab.
Kaedah perlantikan ini menunjukkan unsur demokrasi telah dipraktikkan dalam pemilihan khalifah.
Kaedah pemilihan khalifah secara warisan(Kaedah pemilihan khalifah zaman Khalifah Umayyah)
Pengasas kerajaan Bani Umayyah iaitu Khalifah Muawiyah bin Abi Sufyan(661-681) telah menamatkan kaedah perlantikan khalifah berbentuk musyawarah dan baiah umat Islam seperti mana yang diamalkan pada zaman Khalifah al-Rasyidin.
Kaedah pemilihan khalifah yang diamalkan oleh Khalifah Umayyah iaitu secara monarki warisan dan hak mutlak khalifah sebelumnya.
Khalifah Muawiyah semasa hayatnya telah melantik puteranya,Yazid bin Muawiyah sebagai putera mahkota(bakal pengganti).
Begitu juga Khalifah Yazid bin Muawiyah telah melantik puteranya,Muawiyah II bin Yazid sebagai khalifah penggantinya.
Pelantikan Yazid bin Muawiyah(681-684 M) sebagai khalifah menjadi titik permulaan perlantikan khalifah secara warisan atau keturunan melalui kuasa mutlak khalifah sebelumnya.
Terdapat sebahagian Khalifah Bani Umayyah yang melantik dua putera mahkota serentak
Umpamanya Khalifah Marwan al-Hakkam(684-685) melantik dua puteranya Abdul Malik bin Marwan dan Abdul Aziz bin Marwan.
Begitulah kaedah pelantikan khalifah semasa kerajaan Bani Umayyah memerintah sehingga kejatuhan kerajaan tersebut pada tahun 750 M.
Penutup
Terdapat beberapa kaedah atau cara pemilihan khalifah pada zaman Khalifah al-Rasyidin yang mana kesemuanya berteraskan amalan musyawarah(demokrasi)dan baiah.
Perlantikan khalifah zaman Bani Umayyah berbeza sebagaimana yang diamalkan pada zaman Khalifah al-Rasyidin.