Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
Huraikan ciri-ciri kepimpinan Nabi Muhammad S.A.W dalam ketenteraan -…
Huraikan ciri-ciri kepimpinan Nabi Muhammad S.A.W dalam ketenteraan
Pendahuluan
Terdapat dua jenis peperangan pada zaman Nabi Muhammad SAW iaitu Ghazwah dan Sariyyah.
Ghazwah,merupakan peperangan yang disertai oleh baginda Nabi Muhammad SAW manakala Sariyyah adalah peperangan yang tidak disertai oleh baginda Nabi Muhammad SAW.
Kepimpinan Nabi Muhammad SAW merupakan contoh utama kepada kepimpinan tentera Islam.
Kesemua ekspedisi ketenteraan yang disertai oleh baginda Nabi Muhammad SAW mencapai kejayaan yang menunjukkan kebijaksanaan baginda dalam merangka taktik dan strategi peperangan.
Terdapat pelbagai ciri kepimpinan Nabi Muhammad SAW dalam ketenteraan.
Akhlak yang mulia dan terpuji
Antara ciri kepimpinan baginda Nabi Muhammad SAW dalam ketenteraan adalah baginda menunjukkan akhlak yang mulia dan terpuji.
Sebagai contoh,Nabi Muhammad SAW membebaskan Malek Bin Auf dan keluarganya serta seluruh hartanya selepas Perang Taif sebagai memenuhi janjinya setelah Malek Bin Auf menyerah diri.
Tindakan baginda yang berpegang pada janji telah menawan hati musuh-musuhnya sehingga Malek Bin Auf telah memeluk Islam.
Jelaslah bahawa baginda Nabi Muhammad SAW mempunyai ciri kepimpinan dalam ketenteraan yang baik.
Sering berbincang dengan para sahabat
Selain itu,ciri kepimpinan baginda Nabi Muhammad SAW dalam ketenteraan adalah baginda sering berbincang dengan para sahabat.
Baginda Nabi Muhammad SAW sering meminta dan mendengar pendapat yang diberikan oleh para sahabat.
Sebagai contoh,dalam Perang Khandak baginda Nabi Muhammad SAW menerima candangan daripada sahabat yang bernama Salman Al-Farisi untuk menggali parit sebagai benteng pertahanan umat Islam di sekeliling kota Madinah.
Hal ini menunjukkan bahawa baginda Nabi Muhammad SAW mempunyai bukti ketinggian peribadi sebagai seorang jeneral perang dan baginda tidak menggunakan kuasa secara mutlak.
Oleh itu,perbincangan antara sesama sahabat membantu pasukan tentera Islam memenangi peperangan antara tentera bukan Islam sewaktu kepimpinan ketenteraan baginda Nabi Muhammad SAW.
Tidak agresif semasa berperang
Di samping itu,baginda Nabi Muhammad SAW menyarankan tentera Islam tidak ganas dan agresif serta berperang.
Buktinya,baginda menyarankan pasukannya agar tidak mengejar pasukan musuh yang lari daripada medan perang supaya dapat menunjukkan bahawa tentera Islam tidak ganas dan agresif serta berperang secara adil iaitu menentang musuh yang melawan tentera pasukan Islam sahaja.
Sebagai contoh,baginda tidak mengejar tentera musuh yang melarikan diri sewaktu peperangan yang terjadi di Taif.
Tindakan mengejar musuh juga akan menjejaskan benteng pertahanan Islam di bahagian belakang.
Hal ini akan berkemungkinan pihak musuh hanya sengaja melakukan taktik melarikan diri agar ingin memecahkan formasi pasukan tentera Islam.
Jelaslah bahawa baginda Nabi Muhammad SAW mempunyai ciri kepimpinan dalam mengetuai pasukan tentera dalam peperangan.
Bijak mengatur taktik dan strategi yang berkesan
Akhir sekali,ciri kepimpinan baginda Nabi Muhammad SAW dalam peperangan adalah baginda Nabi Muhammad SAW bijak mengatur taktik dan strategi yang berkesan.
Taktik dan strategi yang dapat dipercayai dan berkesan menyebabkan setiap kali peperangan yang diketuai oleh baginda Nabi Muhammad SAW akan selalu menang.
Sebagai contoh,baginda merancang menguasai takungan air dalam Perang Badar.
Hal ini menyebabkan tentera Musyrikin tidak mempunyai kekuatan kerana dahaga.
Jelaslah bahawa Nabi Muhammad SAW bijak dalam mengatur taktik dan strategi peperangan sehingga menyebabkan pasukan tentera Islam selalu memperolehi kemenangan.
Penutup
Kepimpinan Nabi Muhammad SAW sebagai seorang panglima yang agung sememangnya terserlah melalui taktik dan strategi peperangan baginda.
Kesannya telah menyebabkan pasukan tentera Islam telah mendapat pelbagai kejayaan dalam misi peperangan mereka.