Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
10.Usaha dan galakan para khalifah merupakan pendorong utama perkembangan…
10.Usaha dan galakan para khalifah merupakan pendorong utama perkembangan pendidikan pada zaman kerajaan Abbasiyah.
pendahuluan
Pendidikan merupakan suatu keperluan bagi segenap lapisan masyarakat dan menjadi asas untuk mengerakkan ketamadunan bangsa.
pendidikan dalam perseperktif Islam merupakan suatu proses yng berlaku sepanjang hayat kerajaan Abbasiyah ditubuhkan melaluirevolusi yang dilancarkan terhadap pemerintahan kerajaan Umayyah.
pendidikan telah berkembang pesat di zaman kerajaan Abbasiyah sama ada ilmu agama mahupun ilmu-ilmu keduniaan.
usaha dan galakan para khalifah
Khalifah mendirikan pusat-pusat pengajian.
Khalifah harun al-Rasyid membina perpustakaan yang ulung iaitu baitul Hikmah di Baghdad.
Khalifah al-Makmum menghimpunkaan setiap kitab dari daerah taklukannya seperti Syria,Afrika dan Mesir untuk diterjemahkan ke dalam bahasa Arab.
Khalifah al-Mukhtadid Billah menyelia sudut-sudut dan tempat tertentu di istananya untuk majlis iilmu.
Khalifah memberi pelbagai kemudahan untuk menetap di Baghdad,perbelanjaan tetap dan kedudukan istimewa kpd golongan cerdik pandai.
Khalifah Abu Jaafar al-Mansur,Harun al-Rasyid dan al-Makmum menggalakkan kegiatan penterjemahan.
Aktiviti penterjemahan pelbagai ilmu
Bidang penterjemahan bermula dengan ilmu mantik sehingga tertubuhnya Sekolah Tinggi Penterjemahan yang pertama di dunia.
Penterjemahan dipimpin oleh Hunain bin Ishak dan 90 orang murid-muridnya.
Penterjemah lain seperti Ishak bin Hunain,Hubaisy dan Thabit Qurrah.
Buku-buku falsafah,sains,matematik,perubatan dan astronomi dari pelbagai bahasa diterjemah ke bahasa Arab.
Kesannya lahirlah pelbagai ilmu pengetahuan dan tokoh-tokoh dalam pelbagai bidang.
Sistem pendidikan yang tersendiri
Terdapat tiga peringkat pengajian iaitu rendah,menengah dan tinggi.
Peringkat permulaan atau rendah yang bertempat di kuttab atau pondok.
kurikulum perringkat rendah ialah mempelajari al-Quran,sirah Rasulullah SAW,membaca,menulis,puisi dan ilmu hisab.
Di peringkat menengah,ilmu yang diajar ialah ilmu tafsir,hadis,kalam,tasawwuf,bahasa,usul fiqah,sejarah,geografi dan sebagainya.
Peringkat tinggi ialah pengajian di universiti yang memberi tumpuan kepada pengkhususan ilmu.
Antaranya ialah matematik,astronomi,geometri,kimia,zoologi dan perubatan.
Kestabilan politik dan kewangan kerajaan Abbasiyah
Keadaan politik yang stabil membolehkan prasarana pendidikan disediakan.
Sumber kewangan untuk pembinaan kebanyakan pusat pengajian ketika itu diambil drpd hasil tanah-tanah wakaf atau perbendaharaan Negara.
Penutup
Sistem pendidikan pada zaman Abbasiyah merupakan titik peralihan penting ke arah mewujudkan sistem pendidikan yang lebih tersusun.
Kedudukan guru mula mendapat tempat dengan disediakan segala kemudahan dan kemudiannya dibayar gaji.
Seterusnya,murid-murid telah ditempatkan di sekolah mengikut aras pembelajaran masing-masing.
Pada zaman pemerintahan al-Makmum,kota Baghdad dikatakan telah mencapai puncak kegemilangannya serta mendapat jolokan sebagai pusat kebudayaan antarabangsa.