Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
8.Bincangkan falsafah dan ciri-ciri pendidikan dalam Islam - Coggle Diagram
8.Bincangkan falsafah dan ciri-ciri pendidikan dalam Islam
Pendahuluan
Pendidikan dpt didefinasikan sebagai usaha menyerapkan ilmu pengetahuan,sama ada secara teori atau praktikal bagi membentuk peribadi atau watak seseorang individu bagi menempuh kehidupan yng semakin kompleks.
Pendidikan Islam dikaitkan dngan beberapa istilah khusus antaranya tarbiyah,ta'lim,tadris,ta'dib dan irsyad.
Pendidikan merupakan satu proses abadi yang membawa perkembangan mental dan fizikal serta kesedaran manusia terhadap Tuhan.
Pendidikan Islam dikaitkan dengan beberapa istilah seperti tarbiyah iaitu proses pembentukan peribadi seseorang individu,ta'alim iaitu proses pemindahan ilmu,ta'dib(proses pembentukan sahsiah sebagaimana yang dikehendaki oleh islam dan Irsyad iaitu petunjuk berasaskan syariah.
Falsafah Pendidikan Islam
Merupakan Proses Pendidikan Sepanjang Hayat.
Tiga elemen falsafah yang dikaitkan dengan pendidikan Islam ialah akidah,ilmu dan amal.
Bermula dari dalam buaian hingga ke liang lahad.
Kebebasan kepada semua orang untuk mendapatkan pendidikan tanpa mengira jantina,kekayaan dan warna kulit.
Menuntut ilmu merupakan suatu kewajipan atau fardhu,sama ada kpd kaum lelaki mahupun wanita.
Oleh itu,menjadi tanggungjawab kpd setiap individu untuk mencari ilmu kerana agama Islam sendiri memandang tinggi dan menghormati orang yang menuntut ilmu.
Mempertingkatkan daya pemikiran
Tahap pemikiran yang tinggi,seseorang dpt membuat pelbagai pekerjaan dan menambahkan daya kreativinya.
Memperlengkapkan akhlak manusia sesuai dengan fungsi kejadian manusia sebagai khalifah dan hamba Allah SWT yang wajib mengamalkan nilai-nilai akhlak bertunjangkan amal ma'ruf nahi munkar.
Memenuhi keperluan kerohanian
Menanamkan kepercayaan dan pemikiran dan hati.
Membangunkan jiwa merdeka dan menekankan nilai dan keikhlasan manusia yang bekerja atau elakukan sesuatu kerana Allah.
Menekankan nilai dan keikhlasan manusia
Pendidikan akan merangsang seseorang untuk berusaha bersungguh-sungguh.
Pendidikan dapat memimpin manusia ke arah kemajuan hidup yang lebih ideal.
Pendidikan juga merupakan penilaian bagi kejayaan atau kegagalan seseorang dalam kehidupannya.
Penutup
Secara amnya,pendidikan islam bertujuan untuk mendapatkan keredaan Allah supaya merasai kehidupan yang berbahagia di dunia dan akhirat.
Menurut al-Farabi,objektif utama falsafah Islam adalah untuk mendapatkan iilmu demi mentauhidkan Allah SWT.