Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
7.Bincangkan pelaksanaan sistem cukai pada zaman Abbasiyah dari abad ke 9…
7.Bincangkan pelaksanaan sistem cukai pada zaman Abbasiyah dari abad ke 9 hingga 11 Masihi
Pendahuluan
Pada zaman Khalifah Abbasiyah wujud dua buah diwan(jabatan) utama iaitu Diwan alJund(Jabatan ketenteraan) dan Diwan al-Kharaj(Jabatan Percukaian).
Setiap diwan diketuai seorang pegawai tadbir yang bertanggungjawab menjalankan urusan tertentu mengikut keperluan negara.
Pelaksanaan cukai pada zaman Kerajaan Abbasiyah meliputi sumber utama iaitu kharaj,jizyah dan usyur.
Kharaj merupakn cukai yang dikenakan oleh pemerintah Islam terhadap pemilik tanah yang ditakluki oleh tentera Islam.
Jizyah adalah cukai perlindungan yng dikenakan terhadap golongan bukan Islam(Zimmi) sebagai balasan kepada jaminan perlindungan drpd negara Islam ke atas nyawa,harta dan amalan agama mereka.
Usyur merupakan cukai perniagaan yang dikenakan kepada semua peniaga Islam dan bukan Islam apabila mereka menjalankan perniagaan dlm negara Islam.
Penubuhan diwan al-Kharaj
Diwan al-Kharaj merupakan Jabatan Percukaian Negara yang mengendalikan semua perkara yang berkaitan dengan pentadbiran cukai tanah yang mengeluarkan hasil pertanian.
Jabatan ini diketuai oleh seorang pegawai yang berkuasa melantik wakil-wakil pemungut cukai dan menentukan jumlah cukai mengikut kedaan dan kawasan tertentu.
Sektor pertanian merupakan bidang yang diceburi oleh majoriti penduduk
Abu Yusuf berjaya menghasilkan Kitab al-Kharaj yang menjelaskan secara terperinci berkenaan peraturan-peraturan yang berkaitan percukaian termasuk kadar-kadar yang harus dibayar oleh individu tersebut.
Kitab ini dihasilkan agar para amil yang bertugas memungut cukai dapat memahami kaedah percukaian dengan cara lebih jelas dan menghindarkan unsur penindasan.
Pelaksanaan Kharaj
Kadar kharaj yang dikenakan tidak sama antara kawasan
Faktor yang menentukan kadar kharaj termasuk lokasi kawasan,kualiti tanah,pengunaan alat siraman dan kualiti benih tanaman.
Bayaran kharaj dibayar dalam bentuk mata wang dan harta benda.
Minima 10 dirham dikenakan bagi setiap unit tanah pertanian.
Syarat-syarat dikenakan kharaj antaranya pemilik tanah merupakan penduduk Zimmi,tanah kediaman yang dijadikan kawasan pertanian,tanah kharaj yang disewaakan atau dipajak dan pengecualian kharaj jika hasil pertanian musnah akibat bencana alam.
Kharaj juga merupakan salah satu sumber terpenting baitulmal berikutan kemajuan pesat dalam bidang pertanian dan pembangunan negara.
Pelaksanaan Jizyah
Khalifah Abbasiyah telah mengembalikan sistem pungutan jizyah seperti mana zaman khulafa al-Rasyidi 48 dirham ke atas golongan kaya,24 dirham ke atas golongan pertengahan dan 12 dirham ke atas golongan miskin.
Pelaksanaan pungutan cukai jizyah dipantau oleh gabenor-gabenor wilayah yang dilantik oleh khalifah.
Golongan yang dikecualikan jizyah termasuk orang perempuan,kanak-kanak,orang tua,fakir miskin,golongan cacat dan lemah hamba dan golongan sakit berpanjangan.
Pada zaman kerajaan Abbasiyah,tiada diskriminasi dalam pelaksanaan jizyah manakala pada zaman Kerajaan Umayyah orang Islam bukan Arab(Mawali) turut dikenakan jizyah.
Pelaksanaan Usyur
Kadar usyur berbeza terhadap jenis pedagang dan berdasarkan nilai dagangan.
Cukai 2.5% dikenakan ke atas peniaga Islam,5.0 ke atas peniaga kafir harbi.
Jumlah usyur yang dikenakan adalah 200 dirham apabila cukup kadar nisabnya.
Zaman Abbasiyah mencapai kemajuan ekonomi yang pesat dalam sektor perdagangan,perindustrian dan pertanian.
Usyur menjadi cukai penting yang dikenakan ke atas barang para pedagang.
Bermula zaman pemerintahan Khalifah al-Mahdi,mengenakan cukai perniagaan di pasar dan kedai-kedai di sekitar kota Baghdad dan wilayah kekuasaan Islam yang lain.
Usyur digunakan untuk pembangunan negara seperti menyediakan kemudahan tempat-tempat perniagaan dan sebagainya.
Penutup
Pelaksanaan sistem cukai yang sistematik dan terancang telah menyumbang kpd pembangunan dan kegemilangan kerajaan Abbasiyah.
Sumber cukai yang stabil dan banyak menyebabkan kerajaan Abbasiyah mampu menyediakan pelbagai prasarana yang diperlukan oleh rakyat.