Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
Perkembangan masyarakat Islam pada zaman Khalifah al-Rasyidin - Coggle…
Perkembangan masyarakat Islam pada zaman Khalifah al-Rasyidin
PENDAHULUAN
Pemerintahan dan pentadbiran Islam diasaskan Nabi Muhammad SAW setelah berjaya menubuhkan negara Islam Madinah. Selepas kewafatan NM saw kerajaan islam Madinah telah dipimpin oleh empat orang sahabat nabi iaitu Khalifah Abu Bakar al-Siddiq, Khalifah Umar bin al-Khattab, Khalifah Uthman bin Affan dan Khalifah Alibin Abi Talib.Penduduk Islam pada zaman Nabi Muhammad saw terdiri daripada golongan Muhajirin dan Ansar sahaja namun perluasan wilayah semasa zaman KAR telah menyebabkan berlakunya perkembangan masyarakat Islam yang terdiri daripada golongan al-Ayyam, al- Qurra, golongan mawali dan sebaginya
Masyarakat Islam zaman Khalifah al-Rasyidin
Golongan Ahl al-Ayyam
SIAPA ?
wujud zaman pemerintahan Khalifah Umar al Khattab semasa baliau menguasai dan membuka tanah di wilayah Iraq, Syam dan Mesir.
Peneroka-peneroka yang membantu tentera Islam menewaskan musuh di medan perang, khususnya di Iraq diberi layanan istimewa oleh khalifah.
Mereka digelar Ahl al-Ayyam dan jumlah mereka seramai 12,000 orang.
Antara pemimpin mereka termasuk al-Ashtar, Malik bin Harith, Hijr bin Adi al-Kindi dan Yazid bin Qais'
BAGAIMANA ?
Peneroka-peneroka yang menyertai pasukan tentera Islam membuka tanah dan menetap di wilayah Iraq dibahagikan kepada tiga golongan
Ahi al-Ayyam, Muhajirin dan Ansar serta bekas golongan murtad
Ahl al-Ayyam terdiri daripada suku Arab yang kecil seperti suku Syaiban
Mereka diberi kuasa mentadbir ladang-ladang dan tanah di wilayah Iraq termasuk memungut sebahagian cukai kharaj sebagai mengenang jasa terhadap kerajaan islam
Golongan Khawarij
SIAPA ?
Golongan Khawarij asalnya daripada bekas tentera Khalifah Ali bin Abi Talib dalam Perang Jamai dan Perang Siffin.
APA YANG TERJADI ?
mereka tidak bersetuju dengan tindakan Khalifah Ali menerima perdamaian dan Majlis Tahkim dengan tentera Muawiyyah, gabenor Damsyik dalam Perang Siffin.
Kegagalan Malilis Tahkim menyebabkan golongan ini menggelar diri mereka sebagai Khawarij.
Mereka berpendapat perpecahan umat İslam harus dipertanggungjawabkan ke atas Khalifah Ali, Muawiyyah bin Abu Sufyan dan Amru al-As (wakil Muawiyyah dalam Majlis Tahkim).
KESAN
Golongan Khawarij melancarkan gerakan menghapuskan ketiga-tiga pemimpin berkenaan dan hanya berjaya membunuh Khalifah Ali
melancarkan gerakan menentang kerajaan Bani Umayyah pimpinan Muawiyyah
Golongan arab dan bukan arab
golongan arab merupakan majoriti dan paling berpengaruh
buktinya : kesemua empat khalifah terdiri daripada golongan arab. khalifah Abu Bkara As Siddiq, Umar bin Al Khattab, Uthman Bin Affan dan Khalifah Ali bin Abi Talib
golongan bukan arab dikenali sbg Mawali.
golongan ini diberikan hak yang sama sebagaimana orang arab termasuk jawatan penting seandainya layak
Golongan Ar Riddah
golongan yang tidak mahu mengeluarkan zakat.
Mereka berpendapat zakat merupakan cukai yang hanya dibayar kepada nabi Muhammad
terdiri daripada penduduk Bahrin, Yammah dan Hirah
Di Yammah golongan ini diketuai oleh Abdul Malik bin Al – Mughirah
golongan Nabi palsu dan para pengikutnya
Nabi-nabi palsu ini seperti Sajah dan Musailammah al-Kazab merupakan nabi palsu yang berpengaruh
Mereka mendakwa menerima wahyu
untuk mendapatkan
pengaruh dan kepentingan peribadi.
Musailammah mempunyai pengikutnya seramai 40,000 orang yang berpusat di Yammamah
golongan Murtad
terdiri daripada kabilah–kabilah Arab yang menerima Islam dengan tujuan mendapatkan perlindungan politik daripada negara Islam.
Setelah nabi wafat mereka kembali semula kepada amalan jahiliah. Khalifah Abu Bakar mengambil tindakan dengan menghantar pendakwah supaya mereka kembali kepada ajaran Islam
tentera Islam telah berjaya mengalahkan golongan ini dan mereka kembali semula kepada ajaran Islam.