Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
Jelaskan usaha pembentukan ummah di Madinah pada zaman Nabi Muhammad -…
Jelaskan usaha pembentukan ummah di Madinah pada zaman Nabi Muhammad
Memperkukuhkan penyatuan golongan Ansar dan Muhajirin
Nabi Muhammad SAW memperkukuhkan penyatuan golongan Muhajirin dan Ansar semangat persaudaraan Islam yang mendalam sehingga mereka tidak merasakan adanya perbezaan.
Contohnya Nabi telah melantik kedua-dua golongan dalam bidang pentadbiran, ketenteraan,utusan diplomatik dan sebagainya.
Dengan penyatuan tersebut, maka umat Islam menjadi golongan majoriti di Madinah. Keadaan ini
menambahkan lagi jaminan keutuhan dan kekuatan umat dan agama Islam
Memperkasa fungsi masjid sebagai pusat penyatuan ummah
Masjid berfungsi sebagai tempat penyatuan ummah. Oleh itu tindakan pertama selepas berhijrah ke Madinah ialah mendirikan masjid.
Contohnya Nabi Muhammad saw telah mendirikan Masjid Quba dan Masjid Nabawi
Masjid ini berfungsi sebagai pusat ibadat dan tempat pertemuan masyarakat bagi membincangkan hal-hal semasa termasuk agama, politik, ekonomi dan sosial
Justeru itu, masjid berperanan sebagai tempat asas pertemuan dalam pembentukan ummah
Madinah yang bersatu padu
Menjadikan al-Quran sebagai asas penyatuan ummah
Bagi memastikan kejayaan dalam pembentukan dan penyatuan masyarakat Madinah,Nabi Muhammad SAW menjadikan al-Quran sebagai dasar dan panduan dalam mentadbir negara.
Contohnya al-Quran dijadikan asas kepada pengubalan piagam Madinah. Al Quran dijadikan asas
dalam segala bentuk tindakan.
Dasar ini dapat melahirkan masyarakat yang bersatupadu tanpa mengira bangsa dan agama. Keadaan ini memudahkan pembentukan ummah di Madinah.
Mengawal dan membendung kegiatan kaum munafik
Pembentukan ummah Madinah mengalami sedikit kesukaran kerana kaum munafik merupakan
golongan masyarakat Islamyang berpura-pura memeluk Islam tetapi berniat jahat untuk memecah
belah dan menghancurkan masyarakat Islam
Contohnya ketua golongan munafik ialah Abdullah bin Ubay mempunyai hubungan erat dengan
golonganYahudi dan merupakan musuh utama umat Islam Madinah.
Melalui wahyu, nabi menasihati para sahabat supaya berwaspada terhadap niat jahat kaum munafik
Langkah nabi berjaya kerana tiada berlaku permusuhan secara terbuka dan kematian Abdullah bin
Ubay melenyap cita-cita kaum Munafik.
Golongan ini akhirnya dihapuskan oleh Khalifah Abu Bakar al-Siddiq melalui gerakan al-Riddah.