1. Huraikan perkembangan masyarakat Islam pada zaman Nabi Muhammad SAW dan zaman Khalifah al-Rasyidin.

Pendahuluan

  • Pemerintahan dan pentadbiran Islam diasaskan Nabi Muhammad SAW setelah berjaya menubuhkan negara Islam Madinah.
  • Selepas kewafatan Nabi Muhammad saw kerajaan islam Madinah telah dipimpin oleh empat ornag sahabat nabi iaitu Khalifah Abu Bakar al-Siddiq, Khalifah Umar bin Al-Khattab, Khalifah Uthman bin Affan dan Khalifah Ali bin Abi Talib.
  • Penduduk Islam pada zaman Nabi Muhammad saw terdiri daripada golongan Muhajirin dan Ansar sahaja namun perluasan wilayah semasa zaman khalifa ar- Rasyidin telah menyebabkan berlkaunya perkembangan masyarakat islam yang terdiri daripada golongan al-Ayyam, al-Qurra, golongan mawali dan sebagainya.

Golongan Muhajirin

  • Golongan Muhajirin merupakan penduduk asal kota Makkah.
  • Merupakan kelompok terawal menerima dan memeluk Islam dn berhijrah ke Madinah.
  • Sebahagian golongan Muhajirin menjadi ahli majlis syura dan merupakan pembantu utama Nabi Muhammad saw dalam pentadbiran negara Madinah.
    • Contohnya, Abu Bakaras-Siddiq, Umar al-Khattab dan lain-lain.
      • Mereka terlibat dalam penggubalan Piagam Madinah.
  • Mereka memainkan peranan penting dalam peluasan kuasa dan ekspedisi ketenteraan seperti Perang Uhud, Khandak dan lain-lain contohnya Hamzah bin Ali bin Talib, Khalid al-Walid dan sebagainya merupakan pejuan yang banyak berjasa dalam perkembangan islam.

Golongan Ansar

  • Golongan Ansar merupakan penduduk asal Madinah iaitu suku Aus dan Khazraj menganut islam hasil pertemuan dengan Nbi melalui Perjanjian Aqabah 1 dan Aqabah 2.
  • Terdapat juga orang Parsi dan Yahudi Madinah yang memeluk islam dan di anggap sebahagian daripada golongan ansar.
  • Bertanggungjawab membawa masuk dan membantu golongan Muhajirin menyebarkan islam di Madinah.
  • Berganding bahu dengan golongan Muhajirin mempertahankan agama dan negara Madinah seperti yang diperuntukkan dalam Piagam Madinah.

-Sebahagian golongan Ansar merupakan tokoh pahlawan Islam terbilang dalam menghadapi serangan musuh.

  • Antaranya Saad bin Ubadah dan bin Muaz.
  • Salman al-Farisi mencadangkan pembinaan parit dalam Perang Khandak ( Al- Ahzab).

Golongan Arab Madinah

  • Mereka merupakan penduduk majoriti yang aslnya adalah golongan Muhajirin dan Ansar.
  • Menjadi pemimpin negara Islam Madinah( khalifah) selepas kewafatan Nabi Muhammad saw.
    • Mereka adalah golongan Arab Muhajirin contohnya, Abu Bakar as-Siddiq, Umar al-Khattab dan lain-lain.
  • Memainkan peranan penting dalam pengukuhan negara islam Madinah dan penyebaran dakwah Islamiah keseluruhan Tahnah Arab.

Golongan bukan Arab ( Mawali)

  • Kebanyakan masyarakat Islam bukan Arab menetap di Iraq, Syam dan Mesir.
  • Mereka terdiri daripada orang Parsi yang juga dikenali sebagai Mawali (Ajam).
  • Masyarakat islam Syam (Syria, Palestin, Jordan dan Lubnan) didiami orang Arab dan bukan Arab dan penduduk asal keturunan Qibti dan berkulit hitam.
  • Mereka menganut islam sejak zaman kahlifah Umar al- Khattab.

Kesimpulan

  • Golongan Muhajirin dan Ansar merupakan penduduk islam majoriti di Madinah pada zaman Nabi Muhammad saw.
  • Selepas kewafatan Nabi saw, pernah golongan Muhajirin lebih menyerlah apabila di kalangan mereka dilantik khalifah-khalifah untuk memimpin umat dan negara Islam Madinah.
  • Masyarakat yang wujud pada zaman Khalifah al-Rasyidin semakin kompleks seiring dengan dasar peluasan Wilayah.
    • Berlaku perkembangan pelbagai budaya, bahasa dan adat.