Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
6.Nabi Muhammad SAW telah menunjukkan contoh teladan yang terbaik dalam…
6.Nabi Muhammad SAW telah menunjukkan contoh teladan yang terbaik dalam kepimpinan baginda.Buktikan kepimpinan baginda dalam pelbagai bidang.
Pendahuluan
Nabi Muhammad atau nama penuh baginda ialah Muhammad Bin Abdullah Bin Abdul Mutalib dilahirkan di Makkah pada 12 Rabiul Awal pada Tahun Gajah.
-
Baginda juga disifatkan sebagai contoh yang terbaik dan berakhlak mulia sebagaimana yang diajar di dalam al-Quran.
Nabi Muhammad bukan sahaja seorang nabi dan rasul tetapi juga seorang pemimpin masyarakat dan negara yang disegani.
Empat sifat terpuji iaitu siddiq,amanah,tabligh dan fatonah.
Bukti kepimpinan Nabi Muhammad sebagai pemimpin negara adalah baginda mempunyai empat sifat terpuji iaitu siddiq,amanah,tabligh dan fatonah.
Baginda menyampaikan ajaran Islam kepada umat manusia berakhlak mengikut ajaran yang diajar di dalam al-Quran sebagai seorang pendakwah.
Nabi menunjukkan sifat yang lemah lembut,toleransi,tegas dan berpegang teguh kepada ajaran yang dibawanya terutama dari aspek akidah.
Contohnya, baginda tetap bersabar menghadapi tentangan orang Musyrikin sehinggalah kemuncaknya mereka berkomplot untuk membunuh nabi.
Baginda melakukan aktiviti dakwah dengan penuh dedikasi dan tidak pernah cuba menunjukkan kuasa-kuasa luar biasa walaupun dianugerahkan pelbagai mukjizat oleh Allah SWT.
-
-
-
Penutup
Nabi Muhammad SAW bukan sahaja mempunyai ketokohan dari aspek kepimpinan baginda sebagai nabi dan rasul tetapi baginda juga sangat berkaliber dari aspek politik,sosial,ekonomi dan pertahanan.
Kepimpinan Nabi Muhammad SAW telah membawa masyarakat Islam kepada kehidupan yang lebih baik dan teratur.