Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
5.Huraikan perkembangan mayarakat Islam pada zaman Nabi Muhammad SAW dan…
5.Huraikan perkembangan mayarakat Islam pada zaman Nabi Muhammad SAW dan zaman Khalifah al-Rasyidin
Pendahuluan
Pemerintahan dan pentadbiran Islam diasaskan Nabi Muhammad SAW setelah berjaya
menubuhkan negara Islam Madinah
Selepas kewafatan Nabi Muhammad SAW kerajaan Islam Madinah telah dipimpin oleh empat orang sahabat nabi iaitu Khalifah Abu Bakar al-Siddiq,Khalifah Umar bin al-Khattab,Khalifah Uthman bin Affan dan Khalifah Ali bin Abi Talib.
Penduduk Islam pada zaman Nabi Muhammad SAW terdiri daripada golongan Muhajirin dan Ansar sahaja namun perluasan wilayah semasa zaman Khalifah al-Rasyidin telah menyebabkan brlakunya perkembangan masyarakat Islam yang terdiri daripada golongan al-Ayyam,al-Qurra,golongan Mawali dan sebagainya.
Golongan Muhajirin(Masyarakat Islam zaman Nabi Muhammad SAW)
merupakan penduduk asal kota Makkah .
Merupakan kelompok terawal menerima dan memeluk Islam dan berhijrah ke Madinah.
Sebahagian golongan Muhajirin menjadi ahli majlis syura dan merupakan pembantu utama Nabi Muhammad SAW dalam pentadbiran negara Madinah.
Contohnya,Abu Bakar as-Siddiq,Umar al-Khattab dan lain-lain.
Mereka terlibat dalam penggubalan Piagam Madinah.
Mereka memainkan peranan penting dalam peluasan kuasa dan ekspedisi ketenteraan seperti Perang Uhud,Khandak dan lain-lain.
Contohnya,Hamzah bin Abi Talib,Ali bin Abi Talib,Khalid al-Walid dan sebagainya merupakan pejuang yang banyak berjasa dalam perkembangan Islam.
Golongan Ansar(Masyarakat Islam zaman Nabi Muhammad SAW)
Merupakan penduduk asal Madinah iaitu suku Aus dan Khazraj.
Menganut Islam hasil pertemuan dengan Nabi melalui Perjanjian Aqabah 1 dan Aqabah 2.
Terdapat juga orang Parsi dan Yahudi Madinah yang memeluk Islam dan di anggap sebahagian daripada golongan ansar.
Bertanggungjawab membawa masuk dan membantu golongan Muhajirin menyebarkan Islam di Madinah.
Berganding bahu dengan golongan Muhajirin mempertahankan agama dan negara Madinah seperti yang diperuntukkan dalam Piagam Madinah.
Sebahagian golongan Ansar merupakan tokoh pahlawan Islam terbilang dalam menghadapi serangan musuh.
Antaranya Saad bin Ubadah dan bin Muaz.
Salman al-Farisi mencadangkan pembinaan parit dalam Perang Khandak(Al-Ahzab).
Golongan Ahl al-Ayyam(Masyarakat Islam zaman Khalifah al-Rasyidin)
Wujud zaman pemerintahan Khalifah Umar al Khattab semasa beliau menguasai dan membuka tanah di wilayah Iraq,Syam dan Mesir.
Peneroka-peneroka yang membantu tentera Islam menewaskan musuh d medan perang,khususnya di Iraq diberi layanan istimewa oleh khalifah.
Mereka digelar Ahl al-Ayam dan jumlah mereka seramai 12,000 orang.
Antara pemimpin mereka termasuk al-Ashtar,Malik bin Harith,Hijr bin Adi al-Kindi dan Yazid bin Qais'
Peneroka-peneroka yang menyertai pasukan tentera Islam membuka tanah dan menetap di wilayah Iraq dibahagikan kepada tiga golongan iaitu Ahl al-Ayyam,Muhajirin dan Ansar serta bekas golongan murtad.
Ahl al-Ayyam terdiri daripada suku Arab yang kecil seperti suku Syaiban.
Mereka diberi kuasa mentadbir ladang-ladang dan tanah di wilayah Iraq termasuk memungut sebahagian cukai kharaj sebagai mengenang jasa terhadap kerajaan islam.
Golongan al-Qurra
Berasal dari Ahl al-Ayyam yang diberi kuasa untuk mentadbir tanah di Iraq.
Mereka menggelarkan diri sebagai al-Qurra(orang-orang kampung) bagi menjaga status dan membezakannya dengan golongan Ahl al-Ayyam(bekas golongan murtad).
Pada zaman Khalifah Uthman al-Affan, sebahagian mereka memberontak kerana isu pengambilan kuasa pentadbiran tanah dan cukai kharaj di wilayah Iraq oleh puak-puak Quraisy dan ketua-ketua kabilah yang menyokong polisi Khalifah Uthman.
Golongan ini dipercayai bertanggungjawab terhadap pembunuhan Khalifah Uthman.
Mereka memberikan sokongan kuat kepada Khalifah Ali bin Abi Talib terutama dalam Perang Jamal dan Perang Siffin.
Setelah tamat Perang Jamal,golongan al-Qurra berpaling tadah dan menentang Khalifah Ali.
Mereka kemudian dikenali sebagai golongan Khawarij.
Golongan bukan Arab(Mawali)
Kebanyakan masyarakat Islam bukan Arab menetap di Iraq,Syam dan Mesir.
Mereka terdiri daripada orang Parsi yang juga dikenali sebagai Mawali(Ajam).
Masyarakat Islam Syam(Syria,Palestin,Jordan dan Lubnan) didiami orang Arab dan bukan Arab iaitu Yahudi,Syria dan Rom.
Mereka ini kemudiannya memeluk Islam.
Masyarakat Islam Mesir terdiri dari orang Arab yang berhijrah dari Semenanjung Tanah Arab dan penduduk asal keturunan Qibti dan berkulit hitam.
Mereka menganut Islam sejak zaman Khalifah Umar al-Khattab.
Penutup
Golongan Muhajirin dan Ansar merupakan penduduk Islam majoriti di Madinah pada zaman Nabi Muhammad SAW.
Selepas kewafatan Nabi SAW, peranan golongan Muhajirin lebih menyerlah apabila di kalangan mereka dilantik khalifah-khalifah untuk memimpin umat dan negara Islam Madinah.
Masyarakat yang wujud pada zaman Khalifah al-Rasyidin semakin kompleks seiring dengan dasar peluasan Wilayah.
Berlaku perkembangan pelbagai budaya,bahasa dan adat.