Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
3.Jelaskan usaha pembentukan ummah di Madinah pada zaman Nabi Muhammad. -…
3.Jelaskan usaha pembentukan ummah di Madinah pada zaman Nabi Muhammad.
Pendahuluan
Konsep ummah berasal daripada perkataan Arab yang bermaksud rakyat, umat atau masyarakat manusia.
Umat juga bermaksud pengikut sesuatu agama atau nabi.
Dalam konteks di Madinah, ummah merujuk kepada seluruh warga Madinah iaitu masyarakat islam daripada golongan Muhajirin dan Ansar serta masyarakat bukan muslim yang masyarakat berbangsa Yahudi, namun berada di bawah kepimpinan Nabi Muhammad saw.
Pelbagai usaha telah dilakukan oleh Nabi Muhammad saw bagi pembentukan Ummah di Madinah.
Apabila kaum Yahudi disingkirkan dari Madinah, maka konsep ummah terbatas kepada umat islam sahaja.
Memperkukuhkan penyatuan golongan Ansar dan Muhajirin.
Nabi Muhammad SAW memperkukuhkan penyatuan golongan Muhajirin dan Ansar melalui semangat persaudaraan Islam yang mendalam sehingga mereka tidak merasakan adanya perbezaan.
Contohnya, Nabi telah melantik kedua-dua golongan dalam bidang pentadbiran, ketenteraan, utusan diplomatik dan sebagainya.
Dengan penyatuan tersebut, maka umat islam menjadi golongan majoriti di Madinah.
Keadaan ini menambahkan lagi jaminan keutuhan dan kekuatan umat dan agama islam.
Memperkasa fungsi masjid sebagai pusat penyatuan ummah.
Masjid berfungsi sebagai tempat penyatuan ummah.
Oleh itu tindakan pertama berhijrah ke Madinah ialah mendirikan masjid.
Contohnya, Nabi Muhammad saw telah mendirikan Masjid Quba dan Masjid Nabawi.
Masjid ini dijadikan sebagai pusat ibadat dan tempat pertemuan masyarakat bagi membeincangkan hal-hal semasa termasuk agama, politik, ekonomi da sosial.
Justeru itu, masjid berperanan sebagai tempat asa pertemuan dalam pembentukan ummah Madinah yang bersatu padu.
Menjadikan al- Quran sebagai asa penyatuan ummah.
Bagi memastikan kejayaan dalam pembentukan dan penyatuan masyarakat Madinah, Nabi Muhammad SAW menjadikan al-Quran sebagai dasar dan panduan dalam mentadbir negara.
Contohnya, al-Quran dijadikan asas kepada pengubalan piagam Madinah.
Al-Quran dijadikan asas dalam segala bentuk tindakan.
Dasar ini dapat melahirkan masyarakat yang bersatupadu tanpa mengira bangsa dan agama.
Keadaan ini memudahkan pembentukan ummah di Madinah.
Penguatkuasaan Piagam Madinah
Nabi menggubal dan menguatkuasa Piagam Madinah kepada seluruh warga Madinah.
Perlembagaan ini mampu memperkukuhkan perpaduan pelbagai kaum dan agama kerana uandang-undang menjadi asas dan teras kepada pembinaan masyarakat Madinah yang bersatu.
Buktinya antara prinsip dan dasar terpenitng dalam Piagam Madinah ialah pembentukan ummah.
Contohnya, dalam fasal 25 dinyatakan tentang Orang Yahudi Bani` Auf merupakan ummah bersama orang-orang mukmin.
Golongan bukan muslim lhasnya Yahudi dan Nasrani menerima status mereka sebagai zimmi dan akan ptuh kepada Perlembagaan Madinah.
Keadaan ini membuka jalan kepada pembentukan masyarakat Madinah yang bersatu di bawah pemerintahan kerajaan Islam.
Kesimpulan
Pembentukan ummah mencerminkan kewibawaan Nabi Muhammad saw sebagai seorang pemimoin dalam menyatukan penduduk islam Madinah yang terdiri dari pelbagai bangsa dan agama.
Penyatuan ummah diteruskan oleh khalifah-khalifah pada zaman Khalifah al- Rasyidin.