Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
Huraikan perkembangan masyarakat Islam pada zaman Nabi Muhammad SAW dan…
Huraikan perkembangan masyarakat Islam pada zaman Nabi Muhammad SAW dan zaman Khalifah al-Rasyidin
Masyarakat Islam zaman Nabi Muhammad SAW
Golongan Muhajirin
merupakan penduduk asal kota Makkah
Merupakan kelompok terawal menerima dan memeluk Islam dan berhijrah ke Madina
sebahagian golongan Muhajrin menjadi ahli majlis syura dan merupakan pembantu utama
Nabi Muhammad saw dalam pentadbiran negara Madinah
Mereka terlibat dalam penggubalan Piagam Madinah
Mereka memainkan peranan penting dalam peluasan kuasa dan ekspedisi ketenteraan
Hamzah bin Abi Talib, Ali bin Abi Talib, Khalid al-WaIid dan sebagainya merupakan pejuang yang banyak berjasa dalam perkembangan Islam
Golongan Ansar
merupakan penduduk asal Madinah
suku Aus dan Khazraj
Menganut Islam hasil pertemuan dengan Nabi melalui Perjanjian Aqabah I dan Aqabah 2
orang Parsi dan Yahudi Madinah yang memeluk Islam
bertanggungjawab membawa masuk dan membantu golongan Muhajirin menyebarkan Islam di Madinah
Berganding bahu dengan golongan Muhajirin mempertahankan agama dan negara Madinah
Sebahagian golongan Ansar merupakan tokoh pahlawan Islamterbilang dalam menghadapi serangan musuh
Masyarakat Islam zaman Khalifah al-Rasyidin
Golongan Arab Madinah
merupakan penduduk majoriti yang asalnya adalah golongan Muhajirin dan Ansar
Menjadi pemimpin negara Islam Madinah (khalifah) selepas kewafatan Nabi SAW
Memainkan peranan penting dalam pengukuhan negara Islam Madinah dan penyebaran dakwah Islamiah keseluruh Tanah Arab
Golongan al- Qurra
berasal dari Ahl al-Ayyam yang diberi kuasa untuk mentadbir tanah di Iraq.
menggelarkan diri sebagai al-Qurra (orang-orang kampung) bagi menjaga status dan membezakannya dengan golongan Ahl al-Ayyam (bekas golongan murtad)
sebahagian mereka memberontak kerana isu pengambilan kuasa pentadbİran tanah dan cukai kharaj di wilayah Iraq oleh puak-puak Quraisy dan ketua-ketua kabilah yang menyokong polisi Khalifah Uthman
dipercayai bertanggungjawab terhadap pembunuhan Khalifah Uthman
memberikan sokongan kuat kepada Khalifah Ali bin Abi Talib terutama dalam Perang Jamai dan Perang Siffin.
Setelah tamat Perang Jamal, golongan al-Qurra berpaling tadah dan menentang Khalifah Ali. Mereka kemudian dikenali sebagai golongan Khawarij