Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
Bincangkan kepentingan semangat asabiyah dalam peradaban Arab Jahiliah…
Bincangkan kepentingan semangat asabiyah dalam peradaban Arab Jahiliah sebelum kedatangan Islam
Pendahuluan
Semangat Assabiyah bermaksud sikap fanatik sesuatu puak secara melampau atau semangat setia kawan yang kuat.
Semangat ini sememangnya wujud dan sebati dalam kehidupan masyarakat Jahiliah.
Semangat asabiyah sememangnya amat penting dalam peradaban Arab Jahiliah sebelum kedatangan Islam.
Perasaan setia kawan
Semangat Assabiyah sebagai perasaan setia kawan.
Semangat Assabiyah terjalin melalui sistem
kabilah.
Sistem kabilah merupakan unit sosial yang mengawal sistem pentadbiran pada zaman Jahiliah.
Penyatuan masyarakat berkabilah ialah berdasarkan pertalian darah dan keturunan.
Setiap kabilah mempunyai nama dan status yang dipelihara dan dipertahankan.
Ini menyebabkan sikap megah wujud dan memandang hina kabilah lain.
Sebagai contoh, Bni Tamim, Bani Taim dan Bani Hashim.
Mereka mengamalkan kehidupan tertutup dan tidak menerima suku-suku Arab lain.
Assabiyah melahirkan semangat sedia berkorban.
Semangat assabiyah melahirkan semangat sedia berkorban.
Seseorang individu itu akan sanggup berperang demi mempertahankan kabilahnya.
Mereka mempunyai tanggapan bahawa individu yang mempunyai pertalian darah wajib mempertahankan kabilah mereka.
Anggota kabilah yang dibunuh oleh kabilah lain akan dituntut bela tanpa menyelidik terlebih dahulu.
Contoh perang yang berlaku ialah Perang Harb al-Basus.
Perang ini disebabkan pertikaian selama 40 tahun antara dua puak bersaudara.
Satu peraturan hidup atau undang-undang
Semangat assabiyah sebagai satu peraturan hidup atau undang-undang
Masyarakat ini tidak
mempunyai undang-undang yang tetap bagi menjaga keamanan serta kehidupan mereka.
Semangat Assabiyah diperlukan untuk membela kaum mereka tidak kira sama ada dizalimi ataupun menzalimi.
Mereka menjaga dan melindungi kepentingan suku kaum.
Mereka juga bersama-sama berganding bahu mempertahankan ahli yang tertindas.
Oleh itu, jelaslah semangat ini diperlukan bagi dijadikan sebagai pelindung diri serta demi menjaga kepentingan suku.
Semangat Assabiyah mementingkan kemenangan dalam peperangan.
Peperangan yang bermula secara kecil-kecilan seperti masalah sempadan,perebutan sumber air atau mempertahankan anggota suku seperti menuntut bela atas kematian ahli suku ini yang akan berlarutan hingga bertahun-tahun.
Kemenangan kaum sangat dipentingkan tanpa mengira kerugian dan kebinasaan yang disebabkan oleh perang.
Contoh perang yang telah berlaku ialah Perang Harb al-Basus yang mengambil masa selama 40 tahun.
Oleh hal yang demikian, timbul perasaan megah apabila memenangi dan menewaskan suku lain.
Penutup
Kepentingan semangat Assabiyah dalam masyarakat Arab Jahiliah adalah sangat ketara.
Oleh hal yang demikian, jelaslah bahawa semangat Assabiyah ini amat penting bagi masyarakat Arab Jahiliah sebelu kedatangan Islam bagi melindungi suku kaum mereka dan hak mereka.