Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
Jelaskann usaha pembentukan ummah di Madinah pada zaman Nabi Muhammad -…
Jelaskann usaha pembentukan ummah di Madinah pada zaman Nabi Muhammad
Pendahuluan
Konsep ummah berasal daripada perkataan Arab yang bermaksud rakyat, umat atau masyarakat manusia.
Umat juga bermaksud pengikut sesuatu agama atau nabi.
Dalam konteks di Madinah, ummah merujuk kepada seluruh warga Madinah iaitu masyarakat Islam daripada golongan Muhajirin dan Ansar serta masyarakat bukan muslim yang majoritinya berbangsa Yahudi, namun berada di bawah kepimpinan Nabi Muhammad SAW.
Apabila kaum Yahudi disingkirkan dari Madinah, maka konsep ummah terbatas kepada umat Islam sahaja.
Pelbagai usaha telah dilakukan oleh Nabi Muhammad SAW bagi pembentukan Ummah di Madinah.
Memperkukuhkan penyatuan golongan Ansar dan Muhajirin
Nabi Muhammad SAW memperkukuhkan penyatuan golongan Muhajirin dan Ansar melalui
semangat persaudaraan Islam yang mendalam sehingga mereka tidak merasakan adanya perbezaan.
Contohnya Nabi telah melantik kedua-dua golongan dalam bidang pentadbiran, ketenteraan,utusan diplomatik dan sebagainya.
Dengan penyatuan tersebut, maka umat Islam menjadi golongan majoriti di Madinah.
Keadaan ini menambahkan lagi jaminan keutuhan dan kekuatan umat dan agama Islam.
Memperkasa fungsi masjid sebagai pusat penyatuan ummah
Masjid berfungsi sebagai tempat penyatuan ummah.
Oleh itu, tindakan pertama selepas berhijrah ke Madinah ialah mendirikan masjid.
Contohnya Nabi Muhammad saw telah mendirikan Masjid Quba dan Masjid Nabawi.
Masjid ini berfungsi sebagai pusat ibadat dan tempat pertemuan masyarakat bagi membincangkan hal-hal semasa termasuk agama, politik, ekonomi dan sosial.
Justeru itu, masjid berperanan sebagai tempat asas pertemuan dalam pembentukan ummah
Madinah yang bersatu padu.
Menjadikan al-Quran sebagai asas penyatuan ummah
Bagi memastikan kejayaan dalam pembentukan dan penyatuan masyarakat Madinah, Nabi Muhammad SAW menjadikan al-Quran sebagai dasar dan panduan dalam mentadbir negara.
Contohnya al-Quran dijadikan asas kepada pengubalan piagam Madinah. Al Quran dijadikan asas
dalam segala bentuk tindakan.
Dasar ini dapat melahirkan masyarakat yang bersatupadu tanpa mengira bangsa dan agama.
Keadaan ini memudahkan pembentukan ummah di Madinah.
Penyingkiran kaum Yahudi
Kaum Yahudi Bani Qainuqa,Bani Nadir dan Bani Quraizah telah disingkirkan dari kota Madinah kerana melanggar Piagam Madinah.
Penyingkiran mereka dibuat secara perundangan berteraskan keadilan.
Tindakan nabi berjaya memperkukuhkan kedudukan Islam dan umatnya di Madinah
Masyarakat
Madinah akhirnya terdiri daripada umat Islam sahaja yang bersatu padu
Penutup
Pembentukan ummah mencerminkan kewibawaan Nabi Muhammad saw sebagai seorang
pemimpin dalam menyatukan penduduk Islam Madinah yang terdiri dari pelbagai bangsa dan agama.
Penyatuan ummah diteruskan oleh khalifah-khalifah pada zaman Khalifah al-Rasyidin.